Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Hanya 41,673 PATI Hadir...

PELABUHAN KLANG – Hanya 41,673 pendatang asing tanpa izin (PATI) hadir bagi membuat...

Keychain Tanda Salib Di...

HEBOH di laman sosial hari ini apabila penemuan tanda salib dalam keychain milik...

Kampung Tok Jembal Mungkin...

KUALA LUMPUR - Satu kajian simulasi kelautan mendapati Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu...

Plaza Tol Gombak Sesak,...

PETALING JAYA – Plaza Tol Gombak mula dibanjiri kenderaan bagi orang ramai pulang...

Pesawat Tentera Algeria Terhempas, Lebih 100 Maut

SEKURANG-KURANGYA 100 orang terkorban dalam kemalangan sebuah pesawat tentera Algeria di barat daya ibu negara, Algiers hari ini.

Lapor Reuters, pesawat tersebut terhempas berhampiran pangkalan udara Boufarik, antara Algiers dan bandar Bilda dengan lebih 100 orang berada dalam kapal terbang itu namun identiti mereka belum dapat dipastikan.

Imej yang sempat diambil oleh TV Ennahar Algeria melihatkan kepulan asap naik ke udara dengan sebelah sayap pesawat berada di atas pokok zaitun.

Orang ramai telah mengelilingi kawasan tersebut dan pihak ambulans dikejarkan ke kawasan berkenaan.

Kementerian Pertahanan Algeria berkata pesawat itu sedang perjalanan menuju Tindouf di barat daya Algeria dan dikenal pasti jenis Ilyushin II-76.

Pihak kementerian telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.


Bagaimanapun, punca berlaku kemalangan tersebut tidak dimaklumkan.

Terdahulu, Februari 2014, pesawat Tentera Udara Algeria, Lockheed C-130 Hercules terhempas di kawasan pergunungan di timur Algeria yang membunuh 77 penumpang dan seorang mangsa yang selamat. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori