• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Bekas Pengarah & 3 Lagi Ditangguh Ke Mei

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perbicaraan kes pengubahan wang haram melibatkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan tiga individu lagi ditangguhkan ke bulan depan.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak pendakwaan dan pembelaan menerima surat bertarikh 28 Mac daripada Mahkamah Sesyen di sini bahawa perbicaraan itu yang dijadualkan bermula hari ini, dijadualkan semula ke 7 hingga 11 Mei.

Perbicaraan itu dijangka didengar di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Bekas Pengarah JANS Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, isterinya, Fauziah Piut, 51, bekas Timbalan Pengarah JANS Teo Chee Kong, 52, dan seorang lagi bekas timbalan pengarah Lim Lam Beng, 62, akan dibicarakan atas 183 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai hampir RM100 juta.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu melalui penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan projek-projek yang dibiayai oleh JANS antara 2010 dan 2016. – BERNAMA

Tags: mahkamahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd