• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Perang’ Bendera Politik Semakin Sengit Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Menjelang hari penamaan calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 28 April ini, ‘perang bendera’ antara parti yang bertanding dilihat semakin sengit.

Tinjauan Bernama mendapati hampir keseluruhan kawasan bandar ini dipenuhi bendera parti yang bertanding sebagai strategi ‘perang’ psikologi bagi menunjukkan kekuatan parti masing-masing.

Seperti biasa, lokasi pilihan yang menjadi rebutan sudah pasti atas jambatan, atas pokok dan bangunan tinggi supaya bendera-bendera itu mudah dilihat dan kelihatan lebih menarik apabila ditiup angin.

Kebanyakan bendera dipasang pada waktu malam kerana beberapa faktor, antaranya bagi mengelak petugas yang memasang bendera berjemur di bawah panas terik matahari dan gangguan trafik, selain kebiasaannya mereka yang memasang itu bekerja pada siang hari.

Seorang penduduk Kampung Paloh Pintu Geng, Hazlizul Abdullah, 45, yang akan mengundi untuk kali ketiga pada PRU14 ini berkata pemasangan bendera menjelang setiap pilihan raya bertujuan menambah kehangatan ‘demam’ itu yang berlangsung sekali setiap lima tahun.

“Ia juga bertujuan mempromosi parti masing-masing kepada pengundi supaya mereka tidak keliru pada hari mengundi nanti.

“Ada juga yang mendakwa parti yang lebih banyak memasang bendera akan mendominasi kawasan itu, namun bagi saya ia hanyalah sekadar sebuah ‘pesta’ kerana keputusan memilih mana-mana calon terletak pada tangan pengundi,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 9 Mei manakala 5 Mei untuk pengundian awal sementara tempoh berkempen adalah 11 hari mulai pada penamaan calon.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Wan Mohd Zaidi Wan Ismail, 41, dari Pengkalan Chepa berkata aktiviti memasang bendera sering dilakukan secara berkelompok dan bergotong-royong.

“Mereka biasanya bangga dan berpuas hati sekiranya dapat mencantikkan kawasan dengan bendera parti politik di samping menzahirkan sokongan kepada parti pilihan,” katanya. – BERNAMA

Tags: BenderaPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Miss Universe Thailand Dituduh Salah Guna Bendera

25/11/2021
0

BANGKOK- Polis Thailand akan mengambil tindakan terhadap Miss Universe Thailand 2021, Anchilee Scott-Kemmis kerana bergambar di hadapan ilustrasi menyerupai bendera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd