• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Liverpool Kritikal Diserang Dengan Penukul

oleh
26/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH… Seorang penyokong Liverpool diserang teruk oleh sekumpulan penyokong AS Roma di luar stadium sejam sebelum sepak mula perlawanan malam tadi.

Lapor Daily Mail, saksi di kawasan kejadian memberitahu bahawa penyokong kelab Itali itu telah mengayunkan tali pinggang ke arah mangsa dan beberapa orang di antara mereka juga dilihat membawa penukul.

Ketua Superintendan, Dave Charnock, berkata seorang lelaki berusia 53 tahun, yang dipercayai peminat Liverpool telah diserang dengan alasan disebabkan perbalahan antara peminat kelab AS Roma dan Liverpool.

Mangsa, 53 tahun yang dipercayai dari Ireland telah mengalami kecederaan teruk di kepala dalam serangan berdekatan sebuah pub, The Albert, yang terletak di wilayah Anfield, England.

“Dia sedang dirawat di Pusat Neurologi Walton dan keadaannya digambarkan agak kritikal.

“Dua lelaki, berusia 25 dan 26 tahun dari Itali telah ditangkap kerana disyaki cubaan pembunuhan dan dibawa ke balai polis di mana mereka akan disoal siasat oleh detektif,” katanya.

Polis telah membuat sembilan penangkapan atas kesalahan serangan dan pemilikan senjata, dadah, mabuk dan kelakuan jenayah.

Pihaknya akan menjalankan siasatan melalui rakaman litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Mujur kekecohan yang berlaku semalam tidak merencatkan perlawanan bola sepak seperti yang dijadualkan dan tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan membabitkan seramai 52,500 penyokong yang hadir dalam stadium.

Perlawanan telah berpihak kepada tuan rumah, Liverpool berjaya menundukkan AS Roma 5-2.

Dua gol kemenangan telah dijaringkan oleh Mohamed Salah, Roberto Firmino. Manakala Sadio Mane menyumbangkan satu gol untuk memberikan kelebihan tiga jaringan menjelang perlawanan kedua akan datang.

Jaringan gol dari AS Roma pula telah berjaya disumbangkan oleh Edin Dzeko dan sepakan penalti oleh Diego Perotti di tempat lawan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: AS ROMALiverpoolpenyokong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon Umno-Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd