• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Melayu Perlu Waspada Dengan Taktik DAP

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Pengundi Melayu perlu lebih berwaspada dengan taktik kepimpinan DAP yang sanggup mengubah dasarnya semata-mata untuk mendapatkan undi mereka bagi merebut kuasa di peringkat pusat, kata Ketua Publisiti MCA Kebangsaan, Datuk Seri Ti Lian Ker.

“Demi mendapatkan undi orang Melayu, DAP kini sanggup bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun suatu ketika dahulu mereka (DAP) cukup benci kedua-dua pemimpin berkenaan,” katanya ketika ceramah umum di sini malam tadi.

Beliau menasihati pengundi Melayu supaya tidak terpedaya dengan janji DAP kerana sikap hipokrit parti itu hanya berubah semata-mata untuk mendapatkan undi mereka.

Katanya, sikap hipokrit DAP semakin terserlah setelah dua penggal diberikan peluang untuk memerintah negeri ini dengan slogan kerajaan negeri Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaungkan juga tidak dipraktikkan apabila mereka gagal menjawab pelbagai persoalan yang melibatkan kepentingan rakyat.

“Contohnya, dalam kontroversi projek terowong dasar laut, MCA mengemukakan banyak persoalan namun Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mahu menjawabnya,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei sebagai hari pengundian bagi pilihan raya umum ke14 (PRU14) manakala tarikh penamaan calon pada 28 April dan pengundian awal 5 Mei. – BERNAMA

Tags: DAPpengundiPRU-14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd