• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghapusan GST Boleh Bawa Risiko Ketara Ekonomi

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh pembangkang Pakatan Harapan (PH) akan memberi risiko ketara kepada ekonomi sekiranya tiada langkah menjana hasil yang mengimbanginya, walaupun ia digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum ini.

HSBC Group berkata GST diperkenalkan pada 2015, apabila dividen dan royalti berkaitan minyak jatuh menjunam dan ia membolehkan kerajaan secara perlahan-lahan menstabilkan fiskal manakala dalam masa yang sama terus membiayai perbelanjaan sosial yang semakin meningkat.

“Pada 2017, GST menyumbang 21.3 peratus daripada hasil kerajaan berbanding 13.1 peratus daripada pendapatan berkaitan minyak dan gas di mana sebelum pengenalan GST, SST hanya menyediakan hasil secara kasarnya 7.5 peratus.

“Untuk lebih jelas lagi, tanpa hasil cukai tambahan daripada GST, kerajaan akan mencatatkan defisit 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2017 berbanding tiga peratus,” kata kumpulan perbankan itu dalam laporan terkini Global Research mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang.

Kumpulan itu berkata PH juga mencadangkan pengenalan semula subsidi bahan api terpilih bagi motorsikal di bawah 125cc dan kereta di bawah 1,300cc.

“Ini membayangkan defisit bajet lebih tinggi berikutan ketiadaan hasil mengimbangi,” kata HSBC Group. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Program Podium Bagus, Cuma Perlu Ditambah Baik

Next Post

Zaid Ibrahim Luah Berjaya Dipermainkan Oleh DAP?

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

Zaid Ibrahim Luah Berjaya Dipermainkan Oleh DAP?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd