• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur Perlu Pohon Awal Untuk Ceramah Politik

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Parti-parti politik dinasihatkan membuat permohonan awal kepada polis untuk mengadakan ceramah terbuka dalam kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi memudahkan kawalan polis di kawasan terlibat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata permohonan lebih awal memudahkan polis membuat susun atur gerak anggota dengan lebih teratur sekaligus dapat bertindak cepat jika berlaku sebarang insiden tidak diingini.

“Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing dan setelah mendapat kebenaran, kita akan meletakkan anggota polis bagi memastikan kawalan keselamatan dan keamanan kawasan terlibat terjamin,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis sambutan ke-48 Kor Kadet Polis 2018 di IPD Marang, di sini hari ini.

Turut hadir, timbalannya, Datuk Idris Abdullah dan Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali.

Aidi juga dalam pada itu mahu semua pihak penganjur menepati peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, iaitu termasuk tidak menyebabkan kekacauan di tempat ceramah dan menamatkan ceramah sebelum tengah malam.

Katanya, Polis Terengganu telah menerima kira-kira 60 permohonan daripada pelbagai parti politik termasuk pembangkang bagi mengadakan ceramah di tempat terbuka di seluruh negeri ini.

Terdahulu dalam ucapannya Aidi berkat sehingga kini seramai 8,004 pelajar daripada 137 buah sekolah telah menjadi anggota kor kadet Polis.

“Saya juga dengan ini meneruskan amanat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di mana pelajar yang menyertai kor kadet diharap agar terus memainkan peranan menjadi pelajar yang berdisiplin, menjaga sahsiah diri dan meningkatkan nilai-nilai patriotik dalam diri para pelajar.

“Mereka juga perlu ingat dalam masa yang sama berperanan membantu pihak sekolah terutama guru-guru menjaga keselamatan dan mencegah jenayah di kawasan sekolah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Aidi Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU14: Cuti 3,200 Polis Kontinjen Terengganu Dibeku

21/03/2018
0

KUALA TERENGGANU - Cuti kira-kira 3,200 anggota dan pegawai Polis Kontinjen Terengganu kini dibekukan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum...

Tindakan Tegas Jika Lindungi Suspek Utama Kes Umrah

26/02/2018
0

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi suspek utama kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd