• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Felda Nikmati Pelbagai Manfaat Sejak 2009

oleh Haris
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADA calon pembangkang yang sengaja memburukkan Felda. Konon peneroka Felda dianiaya dengan hutang.

Malah, semacam berpakat pula kebetulannya. Usaha calon PKR ini memburukkan Felda dalam kempennya malam tadi, disambut portal Sarawak Report di London.

Sarawak Report ialah tali barut pembangkang di luar negara. Cuma, bezanya, calon PKR Pekan, Zahid Mat Arip (ZMA) dan editor Sarawak Report, Claire Brown tidak melaporkan fakta-fakta berimbang mengenai usaha kerajaan menjaga kebajikan peneroka Felda.

ZMA menfitnah kerajaan dengan isu menganiaya peneroka dengan hutang. Sarawak Report pula membongkarkan laporan audit firma KPMG mengenai isu Felda membeli ladang sawit milik Eagle High di Indonesia.

Berikut senarai peruntukan yang disalurkan kerajaan bagi membantu peneroka Felda sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memimpin kerajaan:

1. Dalam Bajet 2009, kerajaan menyalurkan RM800 juta untuk Program Keceriaan Kampung. Ini termasuk Perumahan Generasi Baharu dan Skim Tuisyen Felda.

2. Dalam Bajet 2011, PM Najib meluluskan RM101 juta sebagai Bonus Insentif Produktiviti.

3. Dalam Bajet 2012, bonus RM102.12 juta diberikan kepada 94,839 peneroka Felda. Manakala RM15 ribu diberikan kepada setiap peneroka serta staf Felda.

4. Dalam Bajet 2013, kerajaan melaksanakan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda.

5. Dalam Bajet 2016, peneroka menerima skim Produktiviti berjumlah RM66.7 juta.

ZMA cuba menipu dalam ceramah kempen pertamanya. Dia sengaja membongokkan diri terhadap pelbagai insentif yang diberikan kerajaan.

Pada 23 Julai 2017, sempena Hari Peneroka, kerajaan memberikan RM5 ribu seorang kepada 94,956 peneroka.

Jumlah keseluruhan insentif ini ialah sebanyak RM475 juta.

Bagi 1,626 peneroka yang telah selesai membayar hutang Felda, kerajaan memberikan insentif khas RM1,820 seorang.

Malah, sebagai tanda ehsan, kerajaan melupuskan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka.

Jumlah pelupusan ini mencecah RM519 juta. Selain dilupus hutang, peneroka turut menerima Geran Khas RM7,500 per hektar sehingga 2020.

Jadi ZMA dengan sekutu bekas penjajahnya di Sarawak Report tidak perlu mengkhianati Felda.

Oh lupa pula.

ZMA memang ditugaskan sebagai macai Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengkhianati Felda. – Mynewshub.cc

Tags: FeldaSarawak ReportZahid Mat Arip
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd