• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Harap PJSR Diadakan Lebih Kerap

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Rata-rata penduduk berharap ‘Pasar Waghih Kito’ atau Program Jualan Sentuhan Rakyat dapat diadakan lebih kerap kerana melalui program seumpama itu sedikit-sebanyak dapat membantu rakyat menangani kos sara hidup.

Kira-kira 1,500 pengunjung tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah di Pasar Waghih Kito bagi Dewan Undangan Negeri Sikamat dekat sini, sejak 8 pagi tadi yang menawarkan pelbagai barangan runcit, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam dan beras dengan penjimatan harga lima hingga 20 peratus daripada harga pasaran.

Seorang penduduk Malinnie Ahmad, 35, berkata pada program tersebut dia boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih murah berbanding yang ditawarkan di pasaran semasa.

“Biasanya saya beli beras dengan harga RM27 hingga RM33 untuk 10 kilogram tetapi di sini saya dapat membeli beras pada harga RM22 sahaja.

“Saya amat berharap program jualan rakyat seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang kerana dapat mengurangkan beban kewangan saya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Peniaga kuih, Hamizah Kamarudin, 24, berkata dia dan suaminya sanggup datang dari Sendayan ke Sikamat yang mengambil masa 30 minit semata-mata mahu mendapatkan harga barang basah yang lebih murah.

“Saya dan suami berkunjung ke sini untuk membeli ayam, telur ayam, beras dan banyak lagi kerana dimaklumkan oleh rakan ada jualan murah di sini dan ternyata betul memang murah,” katanya.

Peniaga, Nur Shuhada Mat Raof, 31, berkata barangan yang ditawarkan bukan sahaja murah tetapi juga lebih segar berbanding pasar biasa.

“Pengalaman sendiri, saya pernah pergi ke sebuah pasar raya berdekatan dan mendapati ayam dan daging yang dijual tidak segar dan nampak seperti sudah lama.

“Namun di sini saya melihat ayam dan sayur-sayuran semuanya segar dan amat berpuas hati. Saya berharap jualan seperti ini akan diteruskan lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jualan Sentuhan Rakyatpenduduk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Johor, FAMA Bakal Bina 9 Pasar Tani Kekal

Next Post

Tergigit Ekor Tikus Dalam Ais Krim? Euuwww!

Related Posts

Hakim Sebak Jatuh Hukum Ibu, Teman Dera Kanak-kanak

Satu Bilion Penduduk Berpindah Secara Rela Atau Paksa – WHO

01/11/2023
0

GENEVA: Kira-kira satu bilion penduduk di seluruh dunia ketika ini meninggalkan kediaman masing-masing sama ada secara rela atau terpaksa. IKUTI...

Paip Air Tandak Penduduk Terdedah Risiko Cerun Runtuh

Paip Air Tandak Penduduk Terdedah Risiko Cerun Runtuh

20/02/2023
0

GUA MUSANG : Lebih 200 pemilik kebun sekitar Tanah Tinggi Lojing di sini, diminta menjaga sistem perpaipan yang menyalurkan air...

Next Post

Tergigit Ekor Tikus Dalam Ais Krim? Euuwww!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd