• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Apas Sentiasa Kenang, Hargai Jasa BN

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas sentiasa mengenang dan menghargai banyak jasa kerajaan Barisan Nasional (BN), parti yang tidak pernah jemu membantu penduduk di sini.

Penduduk Kampung Membelua, Asis Mad Tali, 79, berkata disebabkan jasa-jasa pemimpin BN itu, maka adalah perlu parti berkenaan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini supaya negara dan negeri Sabah kekal ditadbir kerajaan sedia ada.

“Limpahan bantuan kerajaan BN yang diberi kepada kita di DUN Apas ini termasuk subsidi percuma bas untuk hantar anak ke sekolah, bantuan awal persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Jika BN menang, pelbagai lagi kesinambungan pembangunan dan bantuan terlaksana,” katanya kepada Bernama di sini.

Asis berkata tidak ada sebab pengundi di DUN Apas menolak BN kerana melihat pada logik BN sebuah parti stabil dan berjaya membuktikan perubahan kepada Sabah jika dibanding pembangunan negeri ini pada 30 tahun lepas.

Seorang suri rumah dari Kampung Wakuba, Rustiani Baba, 37, pula berkata BN masih relevan untuk mengemudi penduduk DUN Apas meskipun kenaikan kos sara hidup adalah realiti tetapi sejajar itu Kerajaan BN juga mewujudkan pelbagai mekanisme untuk membantu meringankan beban rakyat.

“BN membantu rakyat bukan fantasi, misalnya Karnival Jualan Sentuhan Rakyat serta Jimat Belanja Dapur diadakan di DUN Apas anjuran agensi kerajaan yang menawarkan jualan murah pada harga runtuh untuk pelbagai jenis barangan keperluan termasuk minyak masak, ikan, ayam dan beras,” katanya.

Malahan menurut Rustiani, kerajaan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut mewujudkan sebuah kedai Agrobazar Rakyat 1Malaysia (ABR1M) di Apas iaitu kawasan strategik untuk memudahkan penduduk kampung membeli barangan runcit serta tani pada harga lebih rendah tanpa perlu ke bandar Tawau.

“Program BN ini secara tidak langsung turut merancakkan ekonomi penduduk setempat contohnya pemilik ABR1M (AgroBazaar Rakyat 1Malaysia), penjual ayam dan ikan, peniaga kendera saji yang berjaja di kawasan program,” katanya.

Bagi seorang penduduk Kampung Inderasabah, Tahir Rappe, 54, pula, siapa pun calon diangkat BN menjadi wakil rakyat DUN Apas, mereka perlu melaksanakan tugas sebaik pemimpin terdahulu iaitu Allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang dekat di hati rakyat.

“Kita mahu BN kekal. Di bawah BN, di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pelbagai bantuan disalurkan kepada penduduk layak antaranya baik pulih rumah orang kampung, bantuan bina rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) serta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampung Inderasabah,” katanya rata-rata penduduk kampung itu terdiri daripada komuniti nelayan.

Tahir yang yakin, pengundi tua dan muda di kampung yang rata-rata penduduknya terdiri daripada komuniti nelayan itu akan terus menyokong BN apatah lagi jika calon parti itu di DUN Apas pada PRU-14 ini adalah adik kepada Tawfiq iaitu Datuk Nizam.

“Kalau boleh kekalkan BN. Saya berharap dapat memohon untuk membaiki jambatan di pangkalan kampung ini,” katanya.

PRU-13, Tawfiq mewakili BN menang undi majoriti 6,122 terhadap calon lawan Alizaman Jijurahman daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tahir Dasu daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan Chok Yit Min daripada Parti Reformasi Sabah (STAR).

Pada 14 Mac lepas, Tawfiq meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur ketika menjalanai rawatan kanser usus.

Allahyarham yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas sebelum itu berehat lebih lapan bulan kerana menjalani rawatan. – BERNAMA

Tags: BNPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd