Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Angka Korban Koronavirus Cecah...

BEIJING - Jumlah keseluruhan orang yang dijangkiti penyakit radang paru-paru disebabkan koronavirus di...

Amuk Sebab Marahkan Mimpi...

Florida – Akibat marahkan teman wanitanya kerana bermimpi dia melakukan hubungan seks dengan...

49 Pelajar SMK Sungai...

SUNGAI PETANI - Seramai 49 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar di sini...

Kastam KLIA Rampas 999Kg...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

Pemilihan Calon BN Pastikan Kemenangan PRU14

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata calon-calon Barisan Nasional (BN) dipilih dengan objektif utama memastikan kemenangan peperangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata ia untuk mengekalkan momentum parti untuk jangka panjang demi kepentingan rakyat.

“Saya faham bahawa akan ada anggota BN yang tidak terpilih akan mempertikai keputusan yang dibuat dan tidak puas hati.

“Saya harap mereka dapat menerima keputusan yang dibuat dengan hati yang terbuka dan menyokong mereka yang dipilih dan meletakkan kepentingan BN di atas segala kepentingan,” kata Najib menerusi catatan di laman blog beliau, malam ini.

Menurutnya, beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kepimpinan BN, termasuk presiden parti komponen BN dan pengerusi BN negeri telah berunding senarai calon dengan sehabis baik.

“Ia mengambil kira maklumat yang diterima, penilaian yang telah kita lakukan, semangat setiakawan BN dan lebih-lebih lagi di atas kehendak pengundi dan rakyat,” kata Najib.

Beliau berkata calon-calon BN dipilih berdasarkan beberapa kriteria antaranya rekod dan potensi mereka.

“Maknanya calon-calon yang kita pilih ini mestilah calon yang disenangi oleh rakyat. Mungkin berdasarkan kepada pengalaman mereka, perwatakan mereka, khidmat bakti mereka, dan sebagainya,” ujar Najib.

Menurutnya, calon BN telah dinilai dengan rapi sejak lima tahun lalu, bukan sebulan dua sahaja. Ia mengambil kira prestasi mereka selama lima tahun, hubungan mereka dengan masyarakat setempat dan sokongan yang mereka terima daripada rakyat.

Najib berkata kepelbagaian calon yang diletakkan adalah bagi memastikan BN tidak hanya memenangi pertempuran kecil tetapi memenangi peperangan besar.

“Kita perlu jelaskan tidak ada erti dan tidak ada gunanya kita memenangi pertempuran kecil jika ia hanya akan menyebabkan kita kalah peperangan besar.

“Yang paling penting sekali ialah kita mahu menawarkan kepada para pengundi calon-calon yang mampu menawarkan perkhidmatan terbaik di kawasan mereka.


“Bagi calon yang telah terpilih, buktikanlah bahawa anda sememangnya layak dipilih sebagai calon dan pahlawan Barisan Nasional!” kata Najib.

Najib berkata beliau percaya bahawa pilihan raya ini akan menyaksikan apa yang disebutkan sebagai ‘TsunamiPHitnah’ dan hasutan yang menjadi sandaran pembangkang dan penyokong mereka yang sebenarnya tidak mempunyai agenda besar untuk rakyat sebaliknya semata-mata nak jatuhkan beliau dan BN.

Dalam pada itu, Najib menyeru semua anggota BN supaya merapatkan saf menjelang hari penamaan calon, esok.

“Bila kempen bermula saya ingin mengingatkan pengundi bahawa PRU14 ini adalah proses kita memilih kerajaan di peringkat pusat dan negeri. Kerajaan yang kita pilih itu ialah kerajaan yang bakal menguruskan hidup kita sepanjang lima tahun akan datang.

“Dalam kita buat pilihan fikirlah sebaik-baiknya dan juga jangan diganggu gugat oleh kempen-kempen yang berbentuk emosi, rayuan peribadi daripada mereka yang telah tersasar jauh daripada perjuangan asal mereka, mahupun dengan hasutan fitnah dan pembohongan,” kata Najib.

Najib berkata sebagai sebuah parti yang telah pun memimpin negara selama ini, BN telah mendokong satu agenda dan dasar induk yang begitu tersusun rapi dan komprehensif yang telah membawa kepada wujudnya pelan transformasi dan pelaksanaannya yang berkesan.

”Pendek kata, we have delivered for the last five years and we will continue to deliver (kita telah melakukan terbaik sepanjang lima tahun lepas dan akan terus berbuat demikian).

“Apa yang kita minta kali ini adalah mandat baharu daripada rakyat untuk kita terus memimpin lima tahun yang akan datang di mana kepercayaan dan keyakinan serta sokongan rakyat, Insya-Allah BN akan berjaya dan dengan kejayaan BN kita akan terus memperhebatkan negara Malaysia kita yang tercinta,” katanya. – BERNAMA

Kategori