• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Pekerjaan Rakyat Tempatan Dipertingkat

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menjanjikan sektor pekerjaan yang lebih meluas kepada rakyat tempatan melalui usaha mengurangkan kebergantungan pekerja asing kepada 15 peratus.

Ini antara kandungan Manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’ yang dilancarkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

BN juga berjanji untuk menyemarakkan industri berteknologi tinggi bagi mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi.

Seterusnya, BN berazam mempercepat pembangunan ‘Malaysian Vision Valley’ yang dijangka mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan.

Selain itu, 10,000 peluang pekerjaan disasar diwujudkan dalam keusahawanan sosial melalui dana khas daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Berikut merupakan janji-janji lain yang terkandung dalam manifesto BN:

Memperluas amalan waktu kerja fleksibel di sektor awam.

Memacu dasar Ekonomi Hutan berteraskan pengurusan mampan untuk menjana pendapatan dan pekerjaan.

Menderaskan pertumbuhan sektor hiliran industri minyak dan gas bagi mewujudkan lebih peluang pekerjaan.

Mewujudkan zon industri mampan untuk lokasi pelaburan baharu.

Mempertingkat literasi kewangan dengan memperluas program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Memperkenal modul literasi kewangan di sekolah menengah.

Menyediakan peluang latihan kemahiran dan pekerjaan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.

Memperluas peluang pekerjaan bagi warga kelainan upaya dengan mewujudkan sebuah portal sehenti khas yang membolehkan perkhidmatan-perkhidmatan mereka dipasarkan dalam talian.

Menambah keanggotaan warga kelainan upaya dalam pelbagai sektor termasuk menjadi anggota majlis pihak berkuasa tempatan dan anggota Dewan Negara.

Menambah insentif cukai kepada syarikat yang mengambil orang kelainan upaya (OKU) sebagai pekerja. – BERNAMA

Tags: Manifesto BN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat: Tok Mat

Manifesto BN Bukan Gula-Gula Kepada Rakyat: Tok Mat

08/11/2022
0

SEREMBAN - Manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan gula-gula kepada rakyat tetapi merupakan perancangan dan daya usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd