• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBDS Baru Sedia Terima Pemimpin RRS Yang Dipecat

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) sedia membuka pintunya kepada lima anggota yang dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

Kelima-lima mereka ialah timbalan presiden parti dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun, naib presiden Datuk William Nyalau Badak dan tiga anggota majlis tertinggi Nyempah Sabot, Edward Kurik dan Adriana Chumang Nyambung yang dipecat kerana dikatakan ‘mengganggu kesatuan parti.’

Ketua Pemuda PBDS Baru dan pengarah pilihan raya Rapelson Hamit mendakwa tindakan yang dilakukan presiden PRS Tan Sri Dr James Jemut Masing terhadap kelima-lima mereka tidak boleh diterima selaku seorang pemimpin.

“Entulu dan Nyalau perlu meninggalkan zon selesa mereka dan menyertai PBDS Baru oleh kerana mereka juga adalah bekas anggota PBDS yang telah dibubarkan.

“Kami adalah sebuah keluarga Dayak. Tiada siapa yang boleh dipecat atau ditamatkan perkhidmatannya kerana bersuara lantang untuk menyatakan kebenaran. Ini adalah hak demokrasi setiap warga negara,” katanya dalam satu kenyataan.

PBDS Baru, serpihan daripada PBDS yang telah dibubarkan, adalah parti pembangkang berasaskan kaum Dayak. – BERNAMA

Tags: PBDSB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Masyarakat Dayak Sertai PBDSB Untuk Kukuhkan Parti

20/12/2018
0

KUCHING - Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) yang diterajui oleh presidennya Cobbold John menyeru semua masyarakat Dayak di Sarawak...

Forum Terbuka: PBDSB Masih Tunggu Respons BNBBC

29/12/2017
0

KUCHING - Parti Bansa Dayak Sarawak Baharu (PBDSB) masih menunggu respons Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak untuk hadir forum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd