• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Forum Terbuka: PBDSB Masih Tunggu Respons BNBBC

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Parti Bansa Dayak Sarawak Baharu (PBDSB) masih menunggu respons Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak untuk hadir forum terbuka mengenai isu-isu yang berkait rapat dengan dasar kerajaan BN Sarawak.

“Pihak kami tidak ada menerima sebarang respons daripada (Pengerusi BNBBC) Paulus Palu Gumbang,

“Ini kali ketiga kami mengeluarkan jemputan secara terbuka kepada beliau untuk mengadakan forum terbuka ini,” kata Ketua Pemuda PBDSB Rapelson Hamit.

Ini susulan daripada kenyataan BNBBC Sarawak menyokong keputusan BN negeri yang menolak usul meminda Seksyen 5 Kanun Tanah Sarawak yang dibentangkan ADUN Ba’Kelalan Baru Bian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan lepas.

“Kita ajak BNBBC Sarawak untuk bersemuka dan mengadakan forum terbuka agar semua rakyat Sarawak dapat bersama-sama mengetahui perkara sebenar dan resolusi penyelesaian masalah tersebut,” kata Rapelson.

Beliau berkata menerusi forum itu isu-isu seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sekolah daif dan jurang fiskal pendapatan masyarakat bandar dan luar bandar akan dapat dibincangkan bersama. – BERNAMA

Tags: BNBBCPBDSB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Masyarakat Dayak Sertai PBDSB Untuk Kukuhkan Parti

20/12/2018
0

KUCHING - Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) yang diterajui oleh presidennya Cobbold John menyeru semua masyarakat Dayak di Sarawak...

PBDS Baru Sedia Terima Pemimpin RRS Yang Dipecat

23/04/2018
0

KUCHING – Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) sedia membuka pintunya kepada lima anggota yang dipecat daripada Parti Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd