• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS ‘Miskin’ Tak Mampu Tanding 160 Kerusi Parlimen

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mengingatkan PAS bahawa parti itu tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk bertanding sebanyak 160 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pemimpin Pakatan Harapan, Mahfuz Omar mendakwa kononnya PAS memerlukan sekurang-kurangnya RM34.40 juta untuk bertanding di semua kerusi Parlimen yang diumumkan parti Islam itu semalam.

Justeru, beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) memperlekeh ahli PAS yang beliau dakwa cuma di kampung-kampung dan ceruk desa kerana bersorak gembira PAS akan bertanding 160 kerusi Parlimen.

“Wajar ahli bawahan menghitung apakah kemampuan yang ada pada jentera PAS dan juga kewangan parti yang gigih mengutip sumbangan atas nama jihad dari ahli-ahli bawahan.

“Saya tahu PAS semasa era sebelum ini memang tidak ada kemampuan kewangan sebesar itu. Jadi adakah ahli PAS sanggup bergolok gadai mencari wang sebanyak itu dalam keadaan diketahui bahawa sasaran bertanding sebanyak 160 kerusi itu adalah sangat tidak realistik,” sindirnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kedudukan kewangan PAS dipercayai jauh ketinggalan berbanding Pakatan Harapan kerana Pakatan Harapan yang didominasi DAP itu kini dipengerusikan mantan Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahfuz mendakwa, kos untuk PAS bertanding di 160 kerusi Parlimen itu kononnya bakal menelan belanja sebanyak RM2.4 juta untuk deposit calon dan bahan kempen, manakala untuk belanja pilihan raya RM200,000 bag satu kerusi.

Berikutan itu, beliau mengemukakan soalan berbaur fitnah sama ada betul dakwaan yang disebarkan di media sosial PAS menerima RM2.5 juta oleh seorang pemimpin kanan UMNO.

“Amat malang rakyat Malaysia masih menyimpan harapan kepada PAS terus terpedaya dengan angan-angan.

“Undi kepada PAS akan hanya membawa ketidakstabilan politik negara. Jadi rakyat tidak perlu membuang masa dan membazirkan undi dan dengan mengundi parti sebegini,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Mahfuz OmarPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd