• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Akur Belum Berpeluang Bahas RUU 355

oleh AK-47
06/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Meskipun terkilan tidak berpeluang membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 pada penggal keenam persidangan Dewan Rakyat ke-13 yang berakhir hari ini, namun PAS akur dan berlapang dada.

Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS berpuas hati dengan penjelasan diberikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila disoal mengenai status usul RUU 355 yang sudah dibentangkan namun belum lagi dibahaskan.

“Kami (PAS) memang amat berharap agar usul RUU 355 yang dibawa Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu sempat dibahaskan hari ini, sebab itu saya persoalkan kepada Yang Dipertua dalam persidangan dewan tadi.

“Beliau (Pandikar) jawab usul RUU 355 itu tidak akan terjejas dan sebarang keputusan oleh Yang Dipertua adalah terikat kepada Peraturan Mesyuarat iaitu kerajaan berhak menentukan usul serta RUU yang perlu dinaikkan. PAS terimalah penjelasan itu,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Takiyuddin membangkitkan pertanyaan berkenaan sebaik pembentangan usul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat, setelah selesai usul daripada Menteri Kewangan yang tersenarai di posisi pertama dalam Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul.

Takiyuddin berkata keadaan itu bermakna PAS sudah melaksanakan sehabis baik tanggungjawabnya untuk membawa usul berkenaan ke Dewan Rakyat.

RUU 355 tersenarai sebagai usul kedua dalam aturan urusan mesyuarat hari terakhir Dewan Rakyat selepas usul daripada Menteri Kewangan untuk meminda Seksyen 10 (4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 dengan penambahan butiran baharu.

Sementara itu ditanya adakah kerana tidak dapat membahaskan usul RUU 355 itu turut berkemungkinan menjejaskan sokongan pengundi kepada PAS menjelang pilihan raya nanti, Takiyuddin yakin ia tidak mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti Islam itu.

“Perkara ini adalah berkait dengan suatu proses. Yang jelas PAS sudah buat semua yang perlu dengan sehabis baik, selebihnya tertakluk kepada ketetapan Dewan Rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Takiyuddin HassanPASRUU 355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd