• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Temerloh Bakal Saksi Persaingan 6 Penjuru

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Kerusi Parlimen Temerloh bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru apabila seorang lagi anak tempatan menawarkan diri untuk bertanding di kawasan itu atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Seorang pensyarah bebas Isma Nazom Abdul Hamid, 52, menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Temerloh, antara kerusi paling panas di negeri ini dan kawasan Dewan Undagangan Negeri (DUN) Kuala Semantan.

Katanya walaupun menyedari kemungkinan besar akan kalah, namun itu bukanlah matlamat utama keputusannya untuk terjun ke dalam bidang politik sebaliknya mahukan perubahan dari segi pandangan politik pengundi.

“Kalau tiada halangan, saya akan bertanding di Parlimen Temerloh atau paling tidak pun bertanding di DUN Kuala Semantan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Isma Nazom, yang juga seorang penulis bebas mendakwa mempunyai ramai pengikut di laman sosial Facebook malah turut mengharapkan sokongan pengikutnya.

Beliau berkata, sebagai anak jati Temerloh beliau mempunyai ramai kenalan di peringkat umur 45 tahun ke atas dan sebahagian besar penduduk di kawasan Seberang Temerloh khususnya dalam DUN Kuala Semantan.

“Saya dibesarkan di ladang Edensor Kampung Gajah Mati, satu perkampungan ladang yang majoritinya kaum India jadi saya boleh bertutur bahasa Tamil dengan fasih, malah saya juga berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin serta Inggeris dengan baik.”

Beliau yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan juga seorang jurutera profesional menafikan ditaja mana-mana pihak sebaliknya tujuannya untuk bertanding itu adalah kerana ikhlas untuk bekerja dengan rakyat.

Selain BN, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN), tiga calon bebas telah mengumumkan untuk bertanding di Parlimen Temerloh setakat ini.

Selain Isma, bekas Ketua Pengarang Stesen Televisyen TV3, Mohd Khaidir Ahmad, 56, dan bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Abu Jamal Nordin, 62, turut mengumumkan untuk bertanding atas tiket bebas di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: Parlimen TemerlohPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd