• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAM Anjur Pertandingan, Tawar Hadiah RM112,500

oleh
15/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Cawangan Selatan menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Masjid Johor 2018 dengan sejumlah RM112,500 ditawarkan bagi hadiah keseluruhan.

Pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) telah membuka penyertaan kepada semuruh rakyat Malaysia bermula 28 April ini hingga tarikh tutup 12 Mei depan.

Lapor Berita Harian, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,dalam satu kenyataan memberitahu, inisiatif yang julung kali diadakan itu diharap dapat mencapai hasil reka bentuk masjid yang unik bagi Johor.

Secara tidak langsung selaras dengan usaha kerajaan negeri memperkukuhkan nilai murni seperti kefahaman dalam agama, nilai kemanusiaan, toleransi dan keikhlasan menerusi institusi masjid.

“Kerajaan negeri sedaya upaya menggunakan tenaga intelektual, arkitek dan profesional lain ke arah menghasilkan satu perancangan terbaik, mapan serta membina daya saing rakyat agar Johor menjadi permata dari selatan yang bersinar terang,” katanya.

Keyataan tersebut diambil melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Kewangan Negeri, A Rahim Nin pada majlis perasmian Program Pertandingan Reka Bentuk Masjid Johor 2018, di sini, semalam.

Sumber : Berita Harian

Pertandingan tersebut sekali gus memberi peluang kepada arkitek profesional seluruh negara dan ahli korporat PAM bagi mewujudkan identiti Johor pada reka bentuk masjid.

Sejak 2015, lebih 80 masjid sudah dan akan dibina di Johor yang bakal memberi impak ketara dalam mewujudkan identiti seni bina khusus seiring budaya masyarakat Islam di negeri ini.

Hadiah bagi tempat pertama pertandingan tersebut  akan memenangi wang tunai berjumlah RM50,000, diikuti tempat kedua (RM25,000) dan ketiga, RM12,500, selain lima hadiah sagu hati berjumlah RM25,000 berserta sijil penyertaan.

Borang permohonan lengkap dan yuran pendaftaran berjumlah RM300 boleh dihantar menerusi e-mel [email protected]. Keterangan lanjut, hubungi Sekretariat PAM Cawangan Selatan, Mas/Fatimah di talian 07-234 9202. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Tags: hadiahmasjidPAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

12/05/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang semua sekolah di bawah pentadbirannya mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat...

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd