• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Pembangkang Ibarat Rakan Sekatil Pelik

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menyifatkan para pemimpin pakatan pembangkang daripada PKR, DAP dan PPBM sebagai rakan sekatil yang sungguh pelik.

Merujuk kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, Salleh berkata sebelum ini mereka bermati-matian ingin menghapuskan satu sama lain, ‘hinggakan kepentingan politik pun tidak boleh menjadi alasan untuk mereka bekerjasama’.

“Lebih teruk lagi apabila mereka memberi alasan yang lemah untuk menjelaskan dan mewajarkan pakatan mereka itu. Pada suatu ketika, Anwar, Wan Azizah dan Kit Siang menentang Mahathir atas alasan mereka perlu menyelamatkan Malaysia.

“Sekarang, mereka bersekutu pula dengan Mahathir atas alasan sama iaitu untuk menyelamatkan Malaysia,” kata Salleh melalui catatan terbaru beliau di laman blognya.

Salleh, yang juga Bendahari UMNO, berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa pada 1993, Lim mengutuk Anwar (menteri kewangan ketika itu) dan menuntut ketua umum PKR itu meletakkan jawatan serta menuduhnya bercakap bohong di Parlimen.

“Kemudian beliau bekerjasama pula dengan Anwar dan berkata sekiranya pembangkang berkuasa, mereka akan memastikan Mahathir dihukum kerana jenayah yang dilakukannya. Tetapi, sekarang, beliau bekerjasama dengan Mahathir,” katanya sambil menegaskan bahawa perkara itu membuktikan dengan jelas bahawa pakatan pembangkang “menjalin ikatan semata-mata untuk kesenangan”, dengan masing-masing mempunyai agenda sendiri.

Menurut Salleh, pakatan itu bukan berjuang untuk kepentingan negara, tetapi untuk mendapatkan kuasa politik.

“Pakatan pembangkang itu tidak akan kekal lama dan sekiranya mereka berkuasa, negara akan menderita. Inilah hakikat sebenar tentang pakatan pembangkang itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Disaran Tukar Pengerusi Mara

PMX Anwar Disaran Tukar Pengerusi Mara

15/08/2026
0

MELAKA - Seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd