• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Negeri Sembilan Umum Calon 24 April

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akan mengumumkan senarai calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), 24 April ini.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, Pengerusi PH negeri Aminuddin Harun berkata pihaknya kini sedang menunggu watikah pelantikan 29 calon bagi kerusi DUN dan enam kerusi Parlimen daripada pucuk pimpinan tertinggi parti.

PH dianggotai empat parti terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah.

Pada 9 April lepas, Amanah Negeri Sembilan mengumumkan sembilan calon mereka dengan empat daripadanya muka baharu, akan bertanding di sembilan kerusi di negeri ini pada PRU14.

Pada Khamis, PAS Negeri Sembilan mengumumkan bertanding di lapan kerusi Parlimen – Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Seremban, Rasah, Port Dickson, Rembau dan Tampin – serta 26 kerusi DUN.

Pada PRU13 lepas, Negeri Sembilan yang mempunyai lapan Parlimen dengan lima daripada dikuasai Barisan Nasional (BN) serta 36 DUN dengan 22 daripadanya disandang BN. – BERNAMA

*sekadar Video Hiasan..

Tags: pakatan harapanPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd