KAKAK kepada pelakon cantik, Ruhainies iaitu Nur Risteena tidak mahu terlalu dikenali dengan kontroversi semata-mata untuk menaikkan nama dalam industri hiburan tanah air.
Menurut Risteena, dia lebih selesa untuk merendah diri daripada orang mengenalinya tanpa sebarang bakat yang boleh diketengahkan.
“Ada beberapa pihak yang minta saya cipta kontroversi sebab nama saya dah ada dalam industri ini.
“Orang tahu saya ada cuma tidak ramai yang kenali mungkin sebab tak ada gosip apa-apa. Bagi saya, kenapa perlu cipta sesuatu untuk menaikkan nama saya.
“Saya lebih suka merendah diri seperti sekarang. Biarlah orang tak berapa kenal saya tapi yang penting rezeki tawaran berlakon tu masih ada,” kata Risteena dipetik mStar Online.

Tambah Risteena, dia akui memang tidak dinafikan ramai yang beranggapandia sudah tidak berlakon kerana dikatakan ‘menghilang’.
Namun, Risteena menjelaskan dia sebenarnya bukan ‘menghilang’ tetapi sedang sibuk menjalani penggambaran beberapa buah filem.
“Sebelum ini ada juga yang bertanya mana saya menghilang dah lama tak nampak berlakon drama TV.
“Sebenarnya saya tak hilang cuma saya jalani penggambaran untuk filem yang mengambil masa yang lama. Saya masih ada dan tahun ini ada tiga filem lakonan saya berada di pawagam,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Risteena dikatakan bakal muncul dengan bakal muncul dengan filem terbaru bertajuk, Qhaliq yang bakal ditayangkan pada 5 April depan. – MYNEWSHUB.CC/AM

