• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yakin Johor Jadi Kuasa Ekonomi Baharu Negara

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa keyakinan terhadap potensi negeri Johor untuk menjadi satu kuasa ekonomi baru dalam negara.

Keyakinan beliau itu berdasarkan beberapa projek pemangkin yang kini dalam pelaksanaan, yang mana dijangka memberi kesan besar kepada masyarakat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata antara projek-projek yang dimaksudkan termasuk pembangunan Wilayah Ekonomi Iskandar Malaysia (Iskandar Malaysia), Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Desaru Coast dan Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands, Singapura.

“Maka, projek-projek ini akan mengangkat negeri Johor sebagai kuasa ekonomi baharu dalam negara kita.

“Lebih-lebih lagi, Selangor sekarang ini ada masalah air, orang angkut baldi di Selangor, negeri Johor ada masa depan yang jauh lebih baik,” kata beliau ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat, di sini hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) kerana telah menyumbangkan sebanyak RM700,000 untuk memperbesarkan unit hemodialisis di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat di sini serta komitmen PNB untuk membina sebanyak 5,000 rumah mampu milik di seluruh negara.

Untuk negeri Johor, beliau juga telah berbincang dengan Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar supaya rumah mampu milik yang dibina boleh ditambah jumlahnya.

“Dia (Abdul Wahid) kata dengan syarat kerajaan negeri bagi tanah dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Besar) kata bila-bila masa kerajaan Johor boleh bagi tanah.

“Malah Datuk Ab Aziz Kaprawi (penyandang kerusi Parlimen Sri Gading) juga telah berbisik agar 200 unit dibina untuk Parit Yaani. Kalau ada tanah… tiada masalah, kita bagi 200 unit,“ kata Najib. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd