• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Terima Surat Penghargaan Masjid Al-Aqsa

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menerima surat penghargaan Masjid Al-Aqsa di atas sokongan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan membela rakyat Palestin dan membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman rejim Zionis.

Surat berkenaan disampaikan oleh Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Sa’eed Sabri kepada Perdana Menteri pada majlis sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439 Hijrah/2018 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. di sini, malam ini.

Sheikh Dr Ekrima, yang juga bekas Mufti Palestin, dalam ucapannya, berkata, pihaknya amat menghargai sokongan dan bantuan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan dalam membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada rejim Zionis.

“Ingatan rakyat dan kerajaan Malaysia kepada peristiwa Israk Mikraj merupakan lambang kecintaan kepada Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Kisah Israk Mikraj dirakamkan dalam al-Quran dan ini menunjukkan Al-Aqsa mempunyai hubungan rapat dengan langit dan umat Islam.

“Bagimanapun, dalam kita mengingati peristiwa Israk Mikraj hari ini, kita tidak harus lupa bahawa Al-Aqsa kini masih di bawah cengkaman rejim Zionis,” katanya.

Sementara itu, Najib, dalam ucapannya, berkata beliau mahukan sambutan ini menjadi acara tahunan di peringkat persekutuan dan negeri.

Penganjuran sambutan Israk dan Mikraj peringkat kebangsaan merupakan bukti komitmen Malaysia dalam memperjuangkan Masjid Al-Aqsa sebagai tempat ketiga paling suci bagi umat Islam, katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dalam kenyataannya, berkata, majlis ini merupakan kali pertama sambutan Israk Mikraj diadakan di peringkat kebangsaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serang Syria Ancam Keamanan Antarabangsa

Next Post

281 Ahli, Pemimpin PPBM Pasir Salak Keluar Parti

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

281 Ahli, Pemimpin PPBM Pasir Salak Keluar Parti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd