• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Peraku Hak Sabah, Sarawak Dilaksanakan

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIMANIS – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperakukan hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dilaksanakan kerana kerajaan mengiktiraf kedua-dua negeri itu sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Katanya, Najib mengakui perkara berkaitan hak Sabah dan Sarawak dalam MA63 yang tidak ditunaikan semasa kepimpinan perdana menteri terdahulu harus ditunaikan.

“Jelas MA63 diakui Datuk Seri Najib. Jika ada yang terambil, bukan oleh Datuk Seri Najib, tetapi oleh perdana menteri yang telah memimpin negara selama 22 tahun, sekarang kita mahu kembalikan apa-apa yang terambil itu.

Jika ada isu terlepas pandang atau perkara yang tak diselesaikan pemimpin dulu, Datuk Seri Najib akan mencari jalan untuk menyelesaikannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Parlimen Kimanis di Bongawan dekat sini.

Malah, Ahmad Zahid berkata Najib turut melantik pemimpin dari Sabah iaitu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan dari Sarawak iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri untuk mewakili kerajaan mengkaji dan memperincikan perkara yang berkaitan kedua-dua negeri itu dalam MA63.

“Apabila Anifah dan Nancy diberi mandat oleh kabinet (untuk mengkaji dan memperincikan MA63) bererti kepimpinan negara (Najib) mempunyai kesungguhan (untuk melaksanakan perkara dalam MA63).

“Ia (perkara dalam MA63) bukan semata-mata janji dalam manifesto BN (untuk PRU14), tetapi proses pelaksanaannya telah berjalan,” katanya.

Anifah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan penyandang kerusi Parlimen Kimanis, berkata selama Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, tiada sumbangannya kepada pembangunan Sabah.

“Dia (Dr. Mahathir) kata orang Sabah pemalas. Tentunya kami di Sabah amat tersinggung,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sabahsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd