Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Penapis Dibenarkan Dalam Gambar...

UTAH – Bekas pelakon filem lucah, Jessica  Steinhauser atau nama  glamornya, Asia Lemmon dibenarkan memakai...

Peserta Industri Perlu Aktif...

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak mahu peserta industri bertanggungjawab secara aktif dalam melatih...

Dewan Rakyat Setuju Ketua...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat meluluskan usul agar Ketua Audit Negara dan...

Rejim Zionis Tutup Lintasan...

BAITULMUQADDIS - Israel menutup lintasan tunggal dengan penduduk Palestin di Genting Gaza semalam...

Nabila Teruja Bakal Sambut Ramadan Di Turki

SETIAP kali tiba bulan Ramadan, sekiranya berkesempatan, semua orang pasti ingin menjalani ibadah puasa bersama keluarga tercinta memandangkan suasana pada bulan tersebut sangat istimewa.

Bagi penyanyi, Nabila Razali, dia yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang lakonan bakal menyambut bulan istimewa itu di negara orang sekaligus berjauhan dari keluarga buat kali pertama pada bulan puasa sepanjang hidupnya.

Bagaimanapun, dia mengakui teruja menanti kedatangan bulan mulia itu walaupun terpaksa menjalani ibadah puasa di Turki kerana terikat dengan penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir selama sebulan.

Ujar Nabila, dia dan pasukan produksi akan berlepas ke negara itu pada 8 Mei depan dan menganggap bekerja di negara orang pada bulan Ramadan sebagai pengalaman baharu untuknya.

“Ini kali pertama saya berjauhan dengan keluarga sepanjang Ramadan. Pelbagai rasa menyelubungi, namun saya ambil kesempatan itu untuk menimba pengalaman baharu.

“Teruja rasanya mahu merasai suasana Ramadan di negara asing. Jika di sini, kita dimewahkan dengan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka, suasana di sana mungkin berbeza. Tetapi, saya tiada masalah menyesuaikan diri,” katanya memetik BH Online.

Tambahnya, dia bukanlah seorang yang cerewet dalam bab makanan dan menganggap perkara itu tidak akan menjadi satu masalah buatnya di negara itu nanti.

Selain itu, biarpun mengakui akan sibuk menjalani penggambaran pada bulan itu nanti, Nabila tidak mahu mensia-siakan kedatangan Ramadan dan tidak akan melepaskan peluang untuk melipatgandakan amalan.

Dalam pada itu, penyanyi yang mula dikenali ramai melalui lagu Pematah Hati itu berkata, drama Cintaku Di Bumi Izmir ini akan menguji dirinya apabila perlu mempelajari bahasa Turki.

Biarpun mengakui agak sukar untuk menguasai bahasa tersebut, Nabila berkata dia kini berusaha keras untuk memastikan sebutan dan gaya pertuturannya dalam bahasa itu adalah tepat dan tidak kedengaran kekok.

Malah, Nabila mendedahkan bahawa dia terpaksa menolak beberapa undangan nyanyian hanya kerana mahu fokus memberikan yang terbaik dalam penggambaran drama itu.


“Terbelit-belit lidah juga hendak menyebut sesetengah perkataan, tetapi ada keseronokannya kerana saya berpeluang belajar sesuatu yang baharu.

“Disebabkan komitmen terhadap drama ini, saya terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian.

“Tiada apa yang saya kesalkan, sebaliknya saya manfaatkan kesempatan ini untuk memperbaiki kelemahan diri,” katanya mengenai drama terbitan Creative Skill Solution itu yang turut menampilkan Syafie Naswip dan Hefny Sahad.

Nabila ditemui di Dataran Amanjaya, Sungai Petani, Kedah sempena Festival GegaRia 2018 bagi berkongsi mengenai topik gaya fesyen bersama pengunjung.

Mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, Nabila memberitahu bahawa dia sudah berbincang dengan Hael Husaini dan Ezra Kong untuk penghasilan single seterusnya.

Jelasnya, dia berhasrat untuk mengekalkan Hael sebagai komposer untuk lagu terbaharunya itu memandangkan Hael memahami lagu yang bersesuaian dengannya.

Selain itu, Hael juga menjadi orang yang bertanggungjawab menghasilkan lagu Pematah Hati dan juga single pertama Nabila dalam industri berjudul Cemburu.

“Disebabkan itu, saya memberi kepercayaan penuh kepada Hael untuk mencorakkan single terbaru nanti.

“Cuma, konsepnya belum dapat diumumkan lagi kerana masih dalam proses perbincangan. Mungkin lagu duet, mungkin juga nyanyian solo. Kita tunggu apabila tiba masanya nanti,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori