• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selesai melakukan proses mengisi borang pencalonan dan ia dimuktamadkan dengan tiada sebarang pertukaran calon, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata proses itu yang bermula 9.30 pagi di Dewan Seri Mentaloon di sini dilakukan berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana ia berjalan serentak secara berpusat dan sistematik.

“Proses mengisi borang hari ini dibuat penuh teliti dan teratur bagi memastikan tiada sebarang kesilapan teknikal atau kecuaian. Ia perlu dipastikan lengkap dan betul bagi mengelak borang pencalonan ditolak seterusnya merugikan parti. Watikah pentauliahan pencalonan telah diserahkan kepada semua 51 calon dan muktamad dah tiada lagi sebarang pertukaran.

Kita pastikan mengikut peringkat demi peringkat seperti yang dikehendaki dalam syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Selain peguam dan pesuruhjaya sumpah, kita ada Jabatan Insolvensi untuk semakan para calon dimana kesemua mereka (calon Parlimen dan DUN) disahkan bebas muflis setakat ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah mengingatkan semua calon dan penyokong parti yang bertanding agar mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa, semua pihak perlu menjaga sensitiviti dengan tidak cuba melakukan provokasi bagi menjamin kelancaran hari penamaan calon esok.

Bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, UMNO akan bertanding 13 kerusi Parlimen dan 28 kerusi DUN, MCA dua parlimen dan 4 DUN, MIC dua DUN manakala Gerakan dua DUN.

Pada PRU13 yang lepas, BN menguasai 10 kerusi Parlimen iaitu Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Jerai, Sik, Merbok, Baling dan Kulim-Bandar Baharu manakala bakinya disandang pembangkang dengan PKR empat dan PAS satu. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jaga Tatasusila, Ikut Etika Semasa Proses Penamaan Calon

Next Post

Herzas: Dari Kuli Jadi ‘Tauke’ Pengeksport Kulit Kerang

Related Posts

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

BN Kedah Tampil 24 Muka Baru, Kekal 27 Penyandang

24/04/2018
0

MANTAP... Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengumumkan calon parti dengan gabungan terbaik untuk mempertahankan mandat rakyat dalam Pilihan Raya...

Next Post

Herzas: Dari Kuli Jadi 'Tauke' Pengeksport Kulit Kerang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd