• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mourinho Cari Pengganti Carrick, Fellaini

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOSE Mourinho mengesahkan dia kini sedang mengintai dua pemain baharu untuk mengisi posisi yang bakal dikosongkan Michael Carrick dan Marouane Fellaini dalam skuad utama Manchester United.

Carrick dilaporkan akan bersara dari kariernya selaku bola sepak profesional dan akan menyertai pasukan kejurulatihan United manakala Fellaini bakal meninggalkan Old Trafford secara percuma.

Pemain kebangsaan Belgium itu kini mempunyai baki kontrak selama dua bulan dan enggan menerima tawaran baharu dari United.

Dan terbaharu, Mourinho mendedahkan dia akan membelanjakan sejumlah besar dana pada jendela perpindahan pemain, lebih-lebih lagi apabila dia menjangkakan lebih ramai pemain akan meninggalkan kelab itu.

“Kami akan mengeluarkan pelaburan besar untuk memperbaiki skuad. Kami perlu mencari pengganti Carrick dan jika Fellaini pergi, kita juga perlu mencari penggantinya.

“Terdapat sekumpulan pemain atau sentiasa ada seorang atau dua pemain, mereka tidak kerap beraksi dan akan cuba angkat kaki.

“Jadi kita perlu berbelanja besar untuk mencari pemain baharu. Kita ada beberapa pemain muda, jadi tunggu dan lihat sahaja.

“Buat masa ini, saya tidak fikir mengenai musim depan, saya hanya memikirkan mengenai Arsenal kerana kita perlu satu mata untuk menamatkan saingan di tempat keempat,” katanya. – mStar Online

Tags: Jose MourinhoManchester United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd