Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Duri Dalam Daging’ Suka...

HUTAN MELINTANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan...

Projek Lebuhraya Bertingkat Bangsar-Damansara...

PROJEK pembinaan Lebuhraya Bertingkat Bangsar-Damansara diteruskan berikutan komitmen yang dibuat oleh pentadbiran terdahulu.Bagaimanapun,...

Rayu Pihak Berkuasa Bantu...

BACHOK - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang hilang dari rumahnya di...

Kecoh, 2 Ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR - Suasana di lobi Dewan Rakyat hangat apabila dua ahli Parlimen...

Mexico Ada Liga Bola Sepak Khas Orang Gemuk

BADAN ‘bermandi’ peluh berlari di padang cuba membuat gol dalam Liga Bola Sepak Heavyweight Mexico, dengan mata diberi bukan hanya berdasarkan jaringan bahkan kurangnya berat badan.

Mexico merupakan negara kedua paling obes di dunia, selepas jirannya Amerika Syarikat (AS). Tetapi di bandar utara Monterrey, liga amatur heavyweight itu menggunakan keghairahan penduduk Mexico terhadap bola sepak.

Pengasas bersama liga tersebut, Raul Pequeno berkata dia mendapat idea itu untuk menangani masalah kegemukan rakyat semasa menyaksikan perlawanan bola sepak di televisyen bersama anak-anak perempuannya setahun lalu.

“Kami sedang menyaksikan (pasukan Monterrey) Rayados dan saya mula mengkritik seorang pemain bernama Edwin Cardona, kerana dia kelihatan agak gemuk,” kata Pequeno yang berusia 35 tahun.

“Salah seorang anak perempuan saya berkata, ‘anda tidak juga bermain bola sepak’,” imbas Pequeno, yang mempunyai berat badan 157 kilogram (kg) pada ketika itu. Kini sudah beratnya berkurang, 143 kg.

“Dia 100 peratus betul,” katanya kepada AFP. Percakapan itu membuatkannya berfikir dan kemudian mengadakan satu kejohanan bagi lelaki memiliki saiz badan sepertinya. Satu kejohanan bagi wanita turut diadakan selepas itu.

Kejohanan bagi kanak-kanak dalam perancangan seterusnya, di mana Mexico mempunyai masalah obesiti kanak-kanak paling teruk di dunia. Edisi pertama kejohanan itu hanya menarik seramai 14 pemain.

Kini, hampir 150 orang pemain menyertainya. Liga wanita pula telah menarik kira-kira 50 orang pemain dalam tahun pertamanya. Sebelum setiap perlawanan bermula, para pemain perlu berdiri di atas alat penimbang.

Ini bagi merekodkan kehilangan berat badan mereka sejak perlawanan sebelumnya. Menang di atas padang mendapat dua mata dalam carta liga. Menang melalui alat penimbang pula boleh meraih tiga mata lagi.


“Anda boleh menang dalam setiap perlawanan, tetapi jika gagal mengurangkan berat badan, anda masih kalah,” kata Pequeno. Liga itu ada pakar pemakanannya sendiri, yang menentukan pelan makanan bagi pemain setiap minggu.

“Ia membantu mereka mencapai matlamat itu. Hakikatnya kami memberikan mereka pelan diet yang digunakan untuk penduduk obes dan berat berlebihan secara umum, inisiatif bagi memberikan kualiti kehidupan lebih baik.”

Demikian jelas pakar pemakanan yang bertanggungjawab bagi liga wanita, Larissa Carbonero. Para pemain namun sempat lagi membuat lawak mengenai keadaan diet mereka sama seperti jenaka pemakanan dalam bola sepak.

“Anda perlu minum lebih banyak air!” teriak seorang pemain selepas satu perlawanan. Beberapa bandar lain di Mexico dilihat cuba menubuhkan liga obes sendiri, yang diinspirasikan oleh kisah seperti dialami Jose Vargas.

Dia telah membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan selepas anak perempuannya lahir. Berat badan Vargas sebanyak 152kg semasa mula-mula menyertai kejohanan itu dan telah kehilangan 20kg sejak itu.

Malahan dia yang berusia 36 tahun itu kini boleh bergerak dengan lebih mudah bahkan berseloroh: “Saya terlalu berat untuk bermain di tempat lain. Ini adalah peluang sempurna bagi orang gemuk seperti saya.”

“Sungguh hebat untuk dapat menendang bola sekali lagi, bermain beberapa perlawanan, lebih pantas dan sedikit demi sedikit membantu anda mengurangkan berat badan,” kata Vargas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori