• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Muda Sarawak Nafi Tanding Kerusi Miri

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Anggota Dewan Undangan Negeri Senadin, Datuk Lee Kim Shin menafikan khabar angin beliau akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Miri, satu daripada kerusi panas di Sarawak, dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Lee, yang juga Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak berkata, buat masa ini beliau mahu menumpukan perhatian dan memenuhi tanggungjawabnya sebagai ADUN Senadin, satu daripada tiga kerusi DUN dalam parlimen Miri.

“Saya tidak berhasrat untuk menjadi ADUN dan pada masa sama, menjadi MP (Anggota Parlimen),” katanya kepada pemberita selepas membeli tiga set borang pencalonan bagi kerusi Parlimen MIri di Majlis Bandaraya Miri (MCC) di sini hari ini.

Ditanya sama ada pendiriannya tidak mahu menjadi ADUN dan MP serentak merupakan dasar parti atau keputusannya sendiri, Lee berkata ia adalah pendapat peribadinya.

Mengiringi beliau ke MCC ialah Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang juga ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Setiausaha Publisiti dan Penerangan SUPP merangkap Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang dan Ketua Publisiti SUPP cawangan Senadin, Erick Chin Fen Siong.

Lee, yang juga naib presiden parti dan pengarah operasi kerusi Parlimen Miri, berharap seorang muka baharu akan menjadi calon BN bagi kerusi parlimen MIri, namun menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan.

​”Biarlah muka baharu menjadi calon BN kali ini dan mudah-mudahan, kita dapat menambah jumlah kerusi BN dalam PRU14,” katanya dan menambah, adalah lebih baik jika ada wakil rakyat BN di peringkat parlimen untuk sama-sama berganding bahu membangunkan MIri.

Spekulasi memuncak bahawa Adam Yii Siew Sang berkemungkinan besar dicalonkan mewakili BN bagi kerusi Parlimen Miri di samping Erick Chin.

Sebagai rekod, kerusi parlimen Miri pernah menjadi kubu kuat BN tetapi pada PRU13, BN kalah buat kali pertama kepada calon PKR, Dr Michael Teo Yu Keng.

Ketika ini, kerusi Parlimen Miri dengan tiga kerusi DUN iaitu Senadin, Piasau dan Pujut, mempunyai sejumlah 80,386 pengundi berdaftar.

PRU14 pada 9 Mei ini akan melibatkan 31 kerusi parlimen Sarawak oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak diadakan pada 2016. – BERNAMA

Tags: PRU14sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Manifesto BN Kedah Tampil 4 Elemen Kejutan

Next Post

Jangan Ulangi PRU12 Akibat Tiada Semangat Wala’

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Jangan Ulangi PRU12 Akibat Tiada Semangat Wala'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd