• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menjelang 2020, Rakyat China Dikenakan Merit

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN China bakal mengenakan merit menjelang tahun 2020 pada setiap rakyatnya yang akan dinilai setiap kelakuan baik buruk penduduk negara tembok besar itu.

Lapor Astro Awani, keputusan ini diambil kerajaan sebagai satu langkah mendidik rakyat republik itu supaya berkelakuan baik dan menanam sikap amanah dalam kehidupan seharian.

Skor mata akan diambil kira kepada 1.4 bilion rakyat negara itu dalam beberapa keadaan seperti waktu pembayaran cukai, melintas jalan, keadaan merokok serta perkara yang dikongsikan di media-media sosial.

Mata yang tinggi dimiliki oleh rakyat China akan diberikan ganjaran dari pihak kerajaan.

Sementara itu, hampir 11 juta rakyatnya dilarang menggunakan kapal terbang manakala empat juta lagi ditegah menaiki perkhidmatan kereta api atas pelbagai kesalahan yang pernah mereka lakukan.

Seorang wartawan China, Liu Hu malahan telah dikenakan denda dengan dilarang daripada menaiki kapal terbang ketika cuba menempah tiket penerbangan.

“Saya tidak boleh membeli sebarang hartanah dan anak saya tidak dibenarkan bersekolah di sekolah swasta. Saya rasa seolah-olah dikawal sepanjang masa,” katanya.

Mahkamah China mengarahkan wartawan itu untuk membuat permohonan maaf ekoran beberapa ‘tweet’ di akaun media sosial miliknya.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 176 juta kamera keselamatan dipasang di China dan bakal ditambah sebanyak 600 juta kamera bagi mengetatkan kawalan negara tersebut.

Kamera rakaman litar tertutup juga akan dibangunkan dengan teknologi pintar oleh syarikat SenseTime bagi menjejaki penjenayah dan juga rakyat biasa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SenseTime, Xu Li, kamera tersebut mampu mengenal pasti setiap jenis kenderaan dan jantina individu yang dijejaki. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: 2020Chinamerit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd