• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengacara Hanya Permulaan, Hisyam Mahu Fokus Berlakon

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJADI sebahagian daripada anak seni pasti mendorong golongan itu untuk mencuba cabang baharu bagi menguatkan lagi nama mereka di dalam dunia hiburan supaya lebih dikenali ramai.

HISYAM BERSAMA DATIN VIVY YUSOF DALAM RANCANGAN GEN F

Namun bagi pelakon kelahiran Kota Singa, iaitu Hisyam Hamid, cintanya pada dunia lakonan lebih tinggi berbanding minatnya dalam bidang pengacaraan.

“Saya ada menerima beberapa tawaran dalam bidang pengacaraan, namun terpaksa tolak dengan cara yang baik. Saya sedar, kelebihan saya adalah dalam bidang lakonan dan masih begitu hijau sebagai hos,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

HISYAM SELAKU PENGACARA BERSAMA DATUK RIZALMAN IBRAHIM SEBAGAI JURI TETAP RANCANGAN GEN F

Baru-baru ini, pelakon bertubuh sasa itu telah muncul sebagai pengacara bagi program pencarian pereka fesyen, Gen F dan daripada situ banyak pihak telah nampak kemampuannya dalam mengendalikan sesebuah rancangan.

Bagaimanapun, keutamannya pada masa kini hanya tertumpu kepada dunia lakonan berbanding perkara lain.

“Alhamdulillah, setelah selesai program Gen F, nampaknya pintu rezeki dalam bidang pengacaraan lebih luas. Cuma, belum ada rezeki untuk saya menerimanya lagi,” tambahya.

Sebelum menceburi bidang seni, Hisyam terlebih dahulu merupakan seorang anggota bomba yang berpengalaman selama lapan tahun ketika dia berada di negara kelahirannya, Singapura.

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Hisyam telah memberanikan diri dengan menampilkan koleksi baju Melayu dan kurta di bawah jenamanya sendiri.

“Perasaan bercampur baur kerana inilah kali pertama saya melancarkan baju di bawah label sendiri. Saya tidak tahu bagaimana penerimaan dan sambutan orang ramai terhadap pertaruhan sulung ini.

“Saya sendiri sebenarnya banyak mengenali dunia fesyen sejak mengacarakan program Gen F,“ ujarnya lagi.

Baginya, koleksi kali ini telah mencerminkan identiti dirinya sendiri kerana pelakon drama Abang Bomba I Love You itu turut sering menggayakan baju Melayu jika ke mana-mana kerana ia nampak ringkas serta selesa.

“Saya lebih selesa tampil dengan baju Teluk Belanga ketika musim perayaan. Ramai juga yang tanya mengenai baju yang dipakai, jadi lebih mudah apabila saya tampil dengan jenama sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hisyam kini sibuk menjalani penggambaran bagi projek mega drama di bawah arahan Micheal Ang berjudul Rahsia Hati Perempuan bersama pelakon Mira Filzah, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: hisyam hamidNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd