• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Matthysse Yakin Pertahan Gelaran Welterweight WBA

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan kategori Welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse dari Argentina melaungkan keyakinan dapat mempertahankan gelarannya itu apabila menentang legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao di Kuala Lumpur pada 15 Julai depan.

Matthysse, 35, yang meraih gelaran itu pada Januari lepas, berkata beliau melakukan segala persiapan sewajarnya bagi merebut kejuaraan tersebut, dan sudah tentu tidak mahu melepaskan gelaran tersebut kepada Pacquiao.

“Saya berusaha keras untuk memenangi kejuaraan ini, banyak pengorbanan dilakukan dan kini gelaran tersebut dalam genggaman saya, dan saya tahu bukan mudah untuk mempertahankannya.

“Namun, saya akan terus berusaha keras bagi memastikan saya bersedia 100 peratus dan tidak semudah itu bagi beliau (Pacquiao) untuk merampas gelaran ini daripada saya,” kata Matthysse, yang juga juga dikenali sebagai ‘The Machine’ pada sidang media di sini, hari ini.

Membuat perbandingan dengan peninju Argentina sebelum ini, yang berpeluang bertarung dengan nama-nama besar dalam arena tinju dunia, Matthysse menyifatkan dirinya sebagai pencabar terhadap gelaran itu, dan tidak sabar menanti pertarungan yang bakal berlangsung di Axiata Arena di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

“Bonavena (Oscar Bonavena) menentang Ali (Muhammad Ali); ‘Chino’ Maidana (Marcos Maidana) berdepan Mayweather (Floyd Mayweather); dan kini, saya sendiri akan bertarung menentang Pacquiao.

“Ia sesuatu yang menarik dapat berentap dengan legenda tinju seperti beliau. Sebagai atlet, ia suatu pencapaian yang besar bagi saya menentang peninju yang berkaliber ini,” katanya.

Sementara itu, Pacquiao, 39, yang merupakan satu-satunya juara dunia bagi kesemua lapan divisyen, menjangkakan pertarungan sengit menentang ‘The Machine’.

“Saya sangat teruja bertarung untuk muncul juara dunia sekali lagi. Ia satu motivasi kepada saya untuk bertarung bersungguh-sungguh bagi meraih kejuaraan tersebut, dan saya mahu menjadi inspirasi kepada semua orang.

“Saya suka cara bertarung Matthysse yang agresif. Itu yang saya mahukan dan saya pasti peminat tinju akan terhibur dengan pertarungan tersebut,” katanya yang juga merupakan Senator di Filipina dan pelabur dalam ekonomi digital. – BERNAMA

Tags: Lucas Matthyssepeninju
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Islam Mengubah Mike Tyson Menjadi Manusia Lebih Mulia

27/09/2021
0

 MIKE Tyson, bekas juara dunia kelas heavyweight selalu dianggap sebagai salah satu peninju paling menakutkan dalam sejarah sukan itu....

Shehran Mahu Tumbangkan Peninju Indonesia Secara KO

16/03/2018
0

PETALING JAYA – Peninju profesional negara, Muhammad Shehran mahu meraih kemenangan KO (Technical Knockout) apabila turun menentang wakil Indonesia Erick...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd