• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shehran Mahu Tumbangkan Peninju Indonesia Secara KO

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Peninju profesional negara, Muhammad Shehran mahu meraih kemenangan KO (Technical Knockout) apabila turun menentang wakil Indonesia Erick Subiyasno dalam perebutan gelaran juara kelas featherweight Silver Asia Konfederasi Tinju Dunia (WBC) diadakan bersempena Siri Tinju Profesional Malaysia di Grand Ballroom One City Mall, Subang Jaya, esok.

Shehran, 22, yang diketepikan daripada beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, optimis misinya itu dapat dicapai memandangkan kelemahan pencabarnya itu sudah diketahui selepas kedua-dua peninju itu bertemu sebelum ini.

Menurut beliau, tujuannya ingin meraih kemenangan KO adalah disebabkan mahu menebus kekecewaannya selepas Erick dijulang selaku juara menerusi keputusan sebulat suara sewaktu mereka berentap di Indonesia, Disember lepas.

“Saya mahu tewaskan dia (Erick) secara KO sebab pertarungan sebelum ini saya ditewaskan mengikut keputusan sebulat suara walaupun ketika itu saya rasa sudah memenangi perlawanan tersebut. Jadi kali ini saya mahu semua orang melihat kemenangan mutlak itu menjadi milik saya.

“Kekurangan stamina kelemahan dia yang saya perasan ketika pertemuan terakhir kami. Jadi saya sasarkan menumbangkannya pada pusingan ketujuh sebab ketika berlawan sebelum ini, memasuki pusingan kelima, beliau seakan sudah hilang fokus,” katanya pada sidang media menjelang perlawanan itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boxranx Raymond Lew yang bertindak sebagai penganjur siri berkenaan, menyeru peminat sukan tinju tempatan untuk sama-sama hadir menyaksikan perlawanan tersebut sekali gus memberi sokongan kepada Shehran.

Selain perlawanan itu, beliau berkata penonton yang hadir akan dapat menyaksikan pertarungan membabitkan peninju ranking keenam dunia, Quadratillo Abduqaxorov dari Uzbekistan menentang Laszlo Toth dari Hungary yang akan merebut gelaran juara kategori welterweight Dunia WBC.

Tiket bagi menyaksikan perlawanan itu dijual pada harga serendah RM168 seorang dan untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Facebook WBC Malaysia. – BERNAMA

Tags: peninju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Islam Mengubah Mike Tyson Menjadi Manusia Lebih Mulia

27/09/2021
0

 MIKE Tyson, bekas juara dunia kelas heavyweight selalu dianggap sebagai salah satu peninju paling menakutkan dalam sejarah sukan itu....

Matthysse Yakin Pertahan Gelaran Welterweight WBA

20/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Juara bertahan kategori Welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse dari Argentina melaungkan keyakinan dapat mempertahankan gelarannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd