• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Terus Jadi Kebanggaan Selagi Di Bawah BN

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata MARA akan terus wujud sebagai institusi kebanggaan Melayu dan Bumiputera selagi di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Perdana menteri berkata kewujudan MARA hari ini adalah kerana dasar dan perjuangan kerajaan yang secara berterusan menjaga kebajikan dan hal ehwal institusi tersebut demi masa depan orang Melayu dan Bumiputera.

“Kewujudan MARA dekat di hati saya kerana pengasas MARA sendiri adalah bapa saya, (perdana menteri kedua) Allahyarham Tun Abdul Razak (Hussein). Maka pada saya, kesinambungan perjuangan terdahulu perlu dan akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada program “Himpunan Saya Anak MARA” di UniKL MIAT di Subang dekat sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi MARA, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (Muafakat), Datuk Rizal Mansor dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Kata Najib, MARA juga diyakini akan terus ‘dijaga’ UMNO dan BN kerana kewujudan institusi tersebut ada kaitan dengan perlembagaan parti itu sendiri.

“Sudah tertulis dengan jelas dalam fasal parti, bahawa hak Melayu dan Bumiputera akan diperjuang. Maka, MARA adalah badan yang penting dalam merealisasikan perjuangan itu,” katanya.

Selain itu, katanya dasar Bumiputera dan agenda pemerkasaan Melayu termasuk ekonomi adalah agenda nasional dan kerana itu, MARA akan terus menjadi kebanggaan negara.

Perdana menteri menarik perhatian, jika MARA tergelincir dalam landasan perjuangan, pastinya jutaan anak-anak kelahiran MARA termasuk yang memegang jawatan penting dalam UMNO dan BN tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku.

Beliau turut memberi gambaran bahawa situasi yang dinikmati MARA ketika ini tidak akan berlaku jika “pihak sebelah sana” yang menjadi kerajaan.

“Situasi berbeza dengan sebelah sana (pembangkang). Jika ada yang tidak sama dengan konsep Malaysian Malaysia, pasti mereka akan lakukan sesuatu.

“Kerana itu, adalah sangat penting untuk kita memastikan tsunami Melayu tidak akan berlaku seperti apa yang cuba dilakukan mereka.

“Saya percaya, sokongan daripada orang Melayu dan Bumiputera akan terus memberi keyakinan kepada UMNO dan BN. Ini sahaja yang boleh menjamin masa depan kita,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Justeru, perdana menteri menyeru seluruh rakyat, khususnya anak-anak kelahiran MARA agar tidak melayan atau terpengaruh dengan pujuk rayu ‘kem sebelah sana’ atau pembangkang yang berterusan menyalahkan kerajaan dalam apa sahaja situasi sekalipun.

“Yang terbaru, kedai roti lingkup pun salahkan kerajaan, salahkan perdana menteri. Ini tidak masuk akal. Ramai anak-anak MARA meniaga tetapi tidak lingkup.

“Janganlah salahkan orang lain. Cukuplah politik seperti ini. Letaklah keyakinan kepada BN. Sebagai perdana menteri, saya akan bekerja keras dan meletakkan Malaysia setanding dengan negara terkemuka dunia,” kata Najib.

Bertemakan “Menggenggam Langit Biru”, himpunan julung kali itu dianjurkan Muafakat, yang dianggotai hampir 100,000 ibu bapa dan warga pendidik di Maktab Rendah Sains MARA, Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA dengan kerjasama MARA. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMARA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih Ramai Calon Pemuda, Wanita, Puteri Di Perak

Next Post

KBAT Fokus Hala Tuju Pendidikan Abad Ke-21

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

KBAT Fokus Hala Tuju Pendidikan Abad Ke-21

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd