Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

MCA Terima Sumbangan Hampir...

KUALA LUMPUR - MCA hari ini menerima sumbangan dana dan pelbagai bentuk barangan...

Letupan Gas: 15 Pelajar...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri...

Ozlynn Sah Hamil, Bakal...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Ozlynn dan suaminya, Johan kerana bakal menimang cahaya mata...

Zahid Anggap Mahkamah Tempat...

KUALA LUMPUR – Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

KBAT Fokus Hala Tuju Pendidikan Abad Ke-21

KOTA SAMARAHAN – Hala tuju pendidikan pada abad ke-21 memfokuskan kepada pemikiran yang berdaya saing menerusi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai persiapan ke arah transformasi Perindustrian Keempat bagi generasi akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurut Nancy, pendidikan yang berkembang maju adalah faktor penting dalam usaha mencapai Wawasan 2020, malah Rancangan Malaysia Ke-11 memberi tumpuan kepada bidang pendidikan dalam usaha membangunkan modal insan dan memacu ke arah negara maju.

Malah, katanya topik pendidikan menjadi aspirasi kedua tertinggi disampaikan belia, merangkumi 16 peratus daripada aspirasi terkandung dalam Kanvas Belia Transformasi Nasional (TN50).

“Menurut Kanvas Belia TN50, belia mahukan sistem pendidikan yang relevan dengan memenuhi keperluan pasaran serta bersifat berterusan,” katanya pada majlis perasmian Transformasi Pelajar Cemerlang di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Universiti Malaysia Sarawak di sini hari ini.

Katanya, aspirasi belia juga mahukan negara menyediakan pendidikan berkualiti serta mampu dibiayai di setiap peringkat, selain pendidikan rendah dan menengah percuma, khususnya di kawasan terpencil.

“Kami pembuat dasar dan undang-undang perlu dengar daripada rakyat dan atas sebab itulah pada zaman ini banyak ‘engagement’ dilakukan bagi memberi peluang, penjelasan dan untuk kita mendengar apa yang jadi keinginan rakyat,” katanya.


Beliau berkata banyak peruntukan yang digunakan oleh kerajaan untuk memberi peluang pelajar memperbaiki diri dan beliau mengingatkan semua pelajar supaya terapkan sikap rajin berusaha serta tidak mudah berputus asa, seperti dinyatakan oleh Mahatma Gandhi bahawa “kepuasan terletak pada usaha, bukannya kejayaan.”

Mengenai Program Transformasi Pelajar Cemerlang, beliau berkata matlamatnya adalah untuk membantu peserta lebih mengenali diri masing-masing, mendedahkan pelajar tentang teknik belajar yang berkesan dan menunjukkan bagaimana kejelasan matlamat akan membawa ke arah kehidupan yang lebih cemerlang. – BERNAMA

Kategori