• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN Terbaik, Fokus Sabah, Sarawak

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menyifatkan manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terbaik dan menyeluruh serta mengambil kira denyut nadi rakyat, termasuk memberikan fokus dan perhatian yang khusus kepada kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Beliau juga berkata manifesto untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) itu lebih realistik dalam memastikan kejayaan pembangunan negara dalam fasa yang seterusnya.

“Sememangnya hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sentiasa diberikan keutamaan yang tinggi oleh pucuk pimpinan negara.

“Kita yakin bahawa penegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengembalikan dan memelihara hak dan kepentingan kita (Sabah) dalam MA63 dan diperkuatkan lagi menerusi manifesto ini adalah bukti kesungguhan dan keikhlasan beliau kepada pemimpin dan rakyat di Sabah selama ini.

“Kaedah konsensus inilah cara dan pendekatan yang kita laksanakan iaitu menerusi perundingan dan perbincangan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan yang banyak membuahkan hasil dan kejayaan kepada kita,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Musa, yang juga Pengerusi BN Negeri, juga percaya dari segi liputan telekomunikasi dan konsep Satu Negara Satu Harga akan memberikan lebih banyak manfaat kepada kepentingan dan kesejahteraan rakyat di Sabah. – BERNAMA

Tags: Manifesto BNMusa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd