• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN Kedah Tampil 4 Elemen Kejutan

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diumumkan esok bakal mengandungi empat elemen kejutan khusus untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri itu bagi tempoh lima tahun akan datang.

Setiausaha BN Kedah, Datuk Md Rozai Shafian memberi bayangan empat elemen kejutan itu berkisar mengenai peruntukan khas untuk rakyat Langkawi, insentif khas untuk masyarakat berbilang kaum di Kedah, pembangunan syiar dan syariat Islam serta anak muda.

“Manifesto BN Kedah bertemakan ‘Menerus Kemajuan Menzahir Impian’ akan merangkumi tujuh kluster utama membabitkan 12 komponen yang akan menawarkan agenda pembangunan yang tersusun, seimbang, realistik, inklusif dan mampu dilaksanakan kepada rakyat Kedah,” katanya ketika menyampaikan taklimat Manifesto BN Kedah kepada media, di sini hari ini.

Beliau berkata selain manifesto BN negeri, setiap 15 Parlimen di Kedah turut menyediakan manifesto masing-masing sebagai kesinambungan kepada manifesto BN negeri dan pusat.

Katanya manifesto BN itu mencakupi tiga bahagian iaitu pertama meliputi projek pembangunan yang sudah dilaksanakan seperti Skim Bantuan Rakyat Kedah (Barakah), kedua projek pembangunan yang sudah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan yang ketiga projek-projek pembangunan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rangka lawatan kerjanya ke negeri ini.

Rozai berkata sebanyak 97.64 peratus aku janji BN Kedah pada PRU13 telah ditunaikan setakat ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijangka akan mengumumkan manifesto itu di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini 9 malam esok. – BERNAMA

Tags: KedahManifesto BN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd