Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

“Orang Melayu Gemar Cerita...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Fazura beranggapan segelintir orang Melayu hari ini lebih gemar...

Kes Liwat II Anwar...

KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi hari...

Akta Pembangunan Wanita Akan...

PUTRAJAYA - Cadangan mewujudkan akta baharu melibatkan pembangunan wanita akan dibawa ke Kabinet...

Iran Sahkan Operasi Janji...

TEHERAN - Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral, Mohammad Baqeri mengesahkan Iran...

Mandat Baharu & Kukuh Untuk Teruskan Transformasi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN memerlukan mandat baharu yang kukuh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk terus melakukan transformasi lebih besar, inklusif lagi komprehensif kepada rakyat dan negara, membawa Malaysia ke mercu kejayaan.

Beliau berkata kerajaan BN telah mampu menyempurnakan proses penyampaian dengan pelbagai pencapaian dan kejayaan malah telah terbukti mampu menyampaikan dan akan terus melaksanakan penyampaian itu.

“Seandainya, rakyat terus memberi mandat, memilih kerajaan BN yang sedia ada untuk kekal memerintah bagi tempoh lima tahun ke hadapan, Insya-Allah, saya bersama pucuk pimpinan menjanjikan akan terus menyempurnakan tugas kita dengan lebih berkesan dan unggul demi mengangkat maruah negara agar terjulang gagah sebagai 20 negara terbaik lagi terhebat di dunia menjelang TN50,” katanya.

Dalam ucapan khas pembubaran Parlimen Ke-13 yang disiarkan secara langsung di saluran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) serta Facebook rasmi beliau, Najib berikrar dan berjanji bahawa beliau bersama pucuk pimpinan kerajaan BN akan membangunkan negara ini dari Perlis ke Sarawak dan Sabah agar tidak ada satu kawasan atau rakyat yang akan ketinggalan, atas prinsip “tiada siapa yang tercicir”

“Demi rakyat dan negara tercinta, marilah kita teruskan perjalanan kejayaan transformasi yang lebih hebat bersama BN,” katanya.

Najib berkata beliau bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pucuk pimpinan BN akan turun menjelajah untuk bertemu rakyat di seluruh pelosok tanah air, memberi penerangan dan meyakinkan rakyat tentang manifesto dan hala tuju negara, agar para pengundi memberi mandat dan peluang untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.

Beliau menyarankan rakyat agar menilai dengan sewajarnya akan usaha kerajaan BN yang telah stabil, berpengalaman luas serta berasaskan rekod yang terbukti cemerlang sehingga ke persada dunia.

Beliau berkata antara usaha dan pencapaian kerajaan BN sejak enam dekad lalu terutama sejak sembilan tahun yang lepas, ialah ia berjaya memastikan keamanan dan keselamatan negara tetap teguh terjamin lagi terpelihara.

“Kita telah berupaya meningkatkan kualiti kehidupan rakyat menjadi lebih bahagia serta sejahtera, malah, kita juga mempunyai pelan perancangan masa depan yang sangat hebat lagi tersusun rapi.


Najib berkata perjalanan transformasi tidak boleh terhenti setakat di sini sebaliknya meneruskan kejayaan transformasi inklusif negara untuk menuju masa depan yang lebih cerah serta sudah nampak kelihatan cahaya kegemilangannya.

“Saya amat berharap supaya pilihan raya kali ini tidak kira apa jua fahaman atau lambang politik akan dapat kita sama-sama langsungkan dengan baik, teratur, penuh hemah dan lancar sehingga tercapai matlamatnya,” katanya.

Najib dalam pada itu menyeru agar diteruskan perjalanan kejayaan transformasi yang lebih hebat bersama BN.

“Hari ini milik kita,… Hari esok dan hari-hari berikutnya, mudah-mudahan bakal menjanjikan masa depan yang lebih cerah nan indah, bergemerlangan cahayanya, disinar kejayaan Malaysia di bawah panji Barisan Nasional.

“Saya dengan penuh kerendahan hati, memohon untuk diberi mandat baharu kepada Barisan Nasional untuk terus membawa Malaysia ke mercu kejayaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori