Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Ini Gembira...

BERTUAH... Sorang warga emas, Mat Intan Adam tidak pernah lepas tanggungjawab mengundi buat...

3 Air Pasang Besar...

Kuala Lumpur : Tiga fenomena air pasang besar diramal berlaku di negara ini...

Anggota Abu Sayyaf Saddam...

KOTA KINABALU - Anggota kumpulan militan Abu Sayyaf, Saddam Jailani yang ditangkap dipercayai...

98,482 Orang Berjaya Dapat...

KOTA BHARU - Seramai 98,482 orang berjaya mendapat lesen motosikal kelas B2 di...

Manchester United Gagal Pujuk Marouane Fellaini

MANCHESTER United gagal meyakinkan pemain tengah Belgium, Marouane Fellaini untuk terus kekal di Old Trafford.

Pengurus Jose Mourinho telah bertemu dengan Fellaini sebanyak tiga kali untuk menentukan masa depannya dengan kali terakhirnya diadakan awal bulan ini.

Fellaini dibawa masuk David Moyes dari Everton pada 2013 dengan harga 27.5 juta pound sterling.

Kontraknya akan berakhir pada musim panas ini dan Daily Star difahamkan dia menolak tawaran baharu yang dianggarkan bernilai 140,000 pound seminggu.

United mempunyai ramai pemain tengah berbakat seperti Paul Pogba, Nemanja Matic dan Ander Herrera yang turut bersaing merebut tempat kesebelasan utama dengan Fellaini, 30.

Fellaini sering kali dikaitkan dengan Paris Saint-Germain (PSG), Juventus, Monaco, West Ham dan Leicester, kesemuanya bersedia membayar dua kali ganda gajinya ketika ini.


Difahamkan Fellaini menerima gaji sekitar 80,000 pound sterling bersama United.

Sekiranya dia menyertai The Hammers, Fellaini akan bekerjasama semula dengan Moyes. – mStar Online

Kategori