• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manchester United Gagal Pujuk Marouane Fellaini

oleh Ahmad Albab
30/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANCHESTER United gagal meyakinkan pemain tengah Belgium, Marouane Fellaini untuk terus kekal di Old Trafford.

Pengurus Jose Mourinho telah bertemu dengan Fellaini sebanyak tiga kali untuk menentukan masa depannya dengan kali terakhirnya diadakan awal bulan ini.

Fellaini dibawa masuk David Moyes dari Everton pada 2013 dengan harga 27.5 juta pound sterling.

Kontraknya akan berakhir pada musim panas ini dan Daily Star difahamkan dia menolak tawaran baharu yang dianggarkan bernilai 140,000 pound seminggu.

United mempunyai ramai pemain tengah berbakat seperti Paul Pogba, Nemanja Matic dan Ander Herrera yang turut bersaing merebut tempat kesebelasan utama dengan Fellaini, 30.

Fellaini sering kali dikaitkan dengan Paris Saint-Germain (PSG), Juventus, Monaco, West Ham dan Leicester, kesemuanya bersedia membayar dua kali ganda gajinya ketika ini.

Difahamkan Fellaini menerima gaji sekitar 80,000 pound sterling bersama United.

Sekiranya dia menyertai The Hammers, Fellaini akan bekerjasama semula dengan Moyes. – mStar Online

Tags: Manchester Unitedpemain bola sepak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

16/08/2024
0

Seorang pemain bola sepak amatur yang gambarnya membawa kerambit tular di media sosial, dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd