• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manchester City Catat 3 Kali Kejuaraan Dalam 7 Musim

oleh
16/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANCHESTER CITY diakui sukar untuk ditandingi dan terus gah di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila secara rasminya telah menjuarai EPL buat kali ketiga dalam tujuh musim.

Kemenangan City 3-1 ke atas Tottenham pada petang Sabtu lepas bermakna pesaing terdekatnya Manchester United terpaksa mengelakkan kekalahan menentang West Bromwich Albion untuk terus mempertahankan gelaran juara.

Bagaimanapun, perlawanan yang berlangsung malam tadi Old Trafford tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh United apabila kecundang 0-1 dengan kelab tercorot itu dalam kedudukan liga EPL, lapor portal online Semuanya Bola.

Tandukan minit ke-73 Jay Rodriguez ke gawang United yang merupakan gol tunggal pada perlawanan tersebut sekali gus menghidupkan sedikit perjuangan mereka dalam EPL walaupun masih 9 mata daripada zon selamat.

Malang bagi United bermain di laman sendiri kerana tidak dapat membuahkan sebarang gol walaupun kendalian Jose Mourinho itu menguasai permainan sekali gus membenarkan trofi menuju ke sisi City untuk musim ini.

Sementara itu, pengendali Manchester City, Pep Guardiola, 47, berkata kepada wartawan semalam beliau tidak akan menyaksikan perlawanan tersebut kerana bermain golf dan menjangkakan United akan menang dan City perlu memenangi perlawanan akan datang bagi menjulang kejuaraan.

Namun, jangkaan Pep Guardiola ternyata meleset dan membolehkan kelabnya meraikan kejuaraan untuk musim ini.

Ketua pasukan Manchester City, Vincent Kompany, 32, mahu kelab tersebut membuktikan potensi penuh dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa beberapa tahun akan datang.

”Saya mahu melihat pasukan ini mempertahankan EPL dan menjadi lebih berjaya. Hari ini saya sangat gembira,” katanya.

Dia juga turut memberikan penghargaan buat pengendali, Pep Guardiola atas kejayaan City pada musim keduanya bersama kelab.

Terdahulu, dua lagi kejuaraan yang diraih City adalah pada musim 2011/12 dan 2013/14.

Manchester City telah mencipta rekod menyamai pencapaian United musim 2000/01 untuk menjuarai EPL dengan jumlah perlawanan paling sedikit. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: EPLmenjuarai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pondan Terkenal Conchita Wurst Hidap HIV

Next Post

KPDNKK Rampas Barang Dagangan RM280,751

Related Posts

Salah Mungkin Kena Gantung

27/12/2018
0

LONDON - Mohamed Salah mungkin digantung perlawanan dan tidak beraksi bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool bagi pertembungan penting berdepan...

Musim Ini EPL Milik Kami

31/10/2018
0

LONDON - Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva mendakwa jika pasukannya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini bakal...

Next Post

KPDNKK Rampas Barang Dagangan RM280,751

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd