• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mana Ada Saya Tiru Justin Bieber” – Ismail Izzani

oleh Haris
18/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA lihat gaya penampilan serta situasinya menjadi penyanyi dalam usia muda, ramai pihak menyamakan penyanyi meningkat naik, Ismail Izzani dengan selebriti antarabangsa, Justin Bieber.

Malah ada juga pihak yang mendakwa bahawa Ismail sengaja  meniru gaya pemakaian dan persembahan yang dikatakan serupa dengan penyanyi lagi Despacito itu.

Sedar akan dakwaan itu, Ismail berkata dia tidak melatah mendengar persepsi tersebut malah tanggapan berkenaan tidak memberinya tekanan walau sedikit.

Ismail juga mengakui mengidolakan penyanyi yang berasal dari Kanada itu dan sering menjadikannya sebagai rujukan dan tidak mampu menghalang jika peminat menggelarnya sebagai Justin Bieber Malaysia.

“Jika benar mahu menjadi sepertinya, pasti saya sudah mewarnakan rambut dan mencacah tatu. Tetapi, perkara itu tidak berlaku kerana saya hanya menjadi diri sendiri.

“Terpulang apa orang ingin cakap kerana saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Sebagai penyanyi, saya ingin dikenali dengan identiti tersendiri,” katanya menurut laporan BH Online.

Jelas penyanyi lagu yang sering diputarkan di radio kini, Luar Biasa itu, selain Bieber, dia juga meminati penyanyi R&B, Chris Brown dan mengagumi perjalanan kariernya.

Tambahnya yang mula dikenali ramai melalui single Sabar dan Demi Kita itu, dia selalu menyanyikan lagu penyanyi kontroversi itu ketika membuat persembahan sebelum ini.

“Perjalanan seni kami hampir sama kerana bermula pada usia remaja. Dahulu, ketika membuat persembahan, saya sering menyanyikan lagunya.

“Saya tidak mahu melihat sisi negatif mereka, sebaliknya memandang pencapaian kerana pada usia muda, Bieber dan Brown mampu mencipta pengaruh tersendiri,” ujarnya.

Ismail, yang merupakan anak kepada penyanyi popular era 1980-an, Datin Suliza Salam itu berkata, Bieber dan Brown merupakan contoh penyanyi yang bermula pada usia muda dan masih raih kejayaan sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, menceritakan mengenai single Luar Biasa yang sedang hangat ketika ini, Ismail berkata dia sangan menyukai lagu yang turut menampilkan Alif itu kerana ia bersesuaian dengan jiwanya.

“Alhamdulillah, sambutan terhadap lagu ini terutama di YouTube sangat menggalakkan. Lagu ini lebih cenderung kepada irama R&B urban dan ia serasi dengan jiwa saya.

“Namun, Sabar tetap membawa kenangan yang tersendiri kerana ia memperkenalkan nama saya dalam industri muzik,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pemilihan Alif yang juga bekas anggota kumpulan duo Sleeq untuk jalin kerjasama dalam lagu tersebut, Ismail berkata dia sememangnya merupakan peminat kumpulan Sleeq sejak di bangku sekolah.

“Dia memang pilihan pertama saya dan pihak pengurusan, syukur kerana akhirnya impian saya ini dapat juga direalisasikan,” tuturnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: ismail izzaniJustin Bieber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunang Jamal Khashoggi Desak Bieber Batal Konsert F1 Di Arab Saudi

22/11/2021
0

TUNANG wartawan Jamal Khashoggi mendesak supaya penyanyi terkemuka Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi pada Disember...

Ismail Izzani Cabar Video Lucahnya Dikongsikan

19/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Ismail Izzani mencabar pihak yang mendakwa mempunyai video lucah miripnya untuk tampil dan berkongsi klip video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd