Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Penulis Manifesto Bukan Kitab...

DARI FB NAJIB RAZAKPenulis manifesto bukan kitab sucu kata: "Najib tiada 'moral standing'."Bukan...

Selepas 70 Tahun Ekskavasi,...

SELEPAS lebih tujuh dekad melakukan kerja-kerja ekskavasi dan pembersihan, Mesir akhirnya membuka kepada...

Penyerang Kelab Malam Istanbul...

ISTANBUL - Polis Turki awal pagi tadi menahan lelaki dipercayai membunuh 39 orang...

Sembang Santai Rafizi Tak...

NILAI - Sembang santai yang dianjurkan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dengan menampilkan Naib...

Man United Tangguh Man City Rebut Gelaran

PAUL Pogba menjaringkan gol berganda buat Manchester United, sekali gus menewaskan Manchester City dengan 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Manchester United bangkit daripada ketinggalan dua gol dengan kemenangan di Stadium Etihad.

Namun pada mulanya Manchester City dilihat cuba memalukan pencabarnya apabila mencatatkan mata pada babak pertama.

Kelebihan dua gol itu menerusi aksi Vincent Kompany dan Ilkay Gundogan, masing-masing pada minit ke-24 dan 30′.

Pada babak kedua, Manchester United menunjukkan taring dengan Pogba meraih gol pada minit ke-53, dan 55′.


Pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho itu kemudian menambah mata dengan gol Chris Smalling pada minit ke-69.

Kemenangan Manchester United dengan 3-2 turut menangguhkan Manchester City untuk merebut gelaran juara.

Ketika ini, Manchester City mendahului di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan 84, manakala Manchester United di tempat kedua menerusi 71 mata. – mStar Online

Kategori