• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Jadi Tumpuan Kerana Pembelaan Palestin

oleh Haris
22/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAYSIA terus menjadi tumpuan dalam isu pembelaan Palestin ekoran pembunuhan jurutera Fadi al-Batsh di Setapak, Kuala Lumpur pagi Sabtu lalu.

Selepas pembunuhan, media Israel melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengesyaki agen asing terlibat.

Ada yang turut melaporkan keluarga dan kumpulan pejuang Palestin mendakwa perisikan Israel, Mossad bertanggungjawab.

Baca: PM Najib Buktikan Komitmen Perjuang Palestin

Juga: Malaysia Sokong Perjuangan Rakyat Palestin & Syria

Laporan-laporan media Israel tersebut apabila dibaca oleh dunia luar terus mengaitkan Malaysia dengan Hamas, malah turut boleh menampakkan yang Malaysia melindungi Hamas.

Seorang pensyarah sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi dalam tulisannya di Facebook mengatakan pembunuhan ini mungkin isyarat Zionis kepada Malaysia.

“‘Pembunuhan bersasar’ ini dijalankan secara cekap melibatkan ejen Israel yang melakukan pembunuhan ke atas individu-individu berprofil tinggi mahu pun individu di balik tabir yang bergiat mengancam kedudukan strategik rejim Zionis.

“Mereka menyusup masuk melangkaui kedaulatan negara asing dan menjalankan pembunuhan kejam,” tulis Abdul Muein.

“Sekiranya kelak dibuktikan bahawa sememangnya wujud campurtangan asing dalam kes ini – terutama sekali Mossad Israel – maka ia merupakan isyarat jelas bahawa rejim haram tersebut telah menceroboh kedaulatan negara kita dan wajar diberi pengajaran yang bukan sebarangan,” tegasnya.

Insiden ini ialah insiden antarabangsa terbaru yang berlaku di Malaysia, meletakkan negara dalam situasi diplomatik yang mencabar.

Selepas kehilangan pesawat Malaysia MH370 dan peristiwa tembakan pesawat MH17, berlaku pembunuhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melibatkan Kim Jong-nam ahli keluarga pemimpin Korea Utara.

Semua ini menjadikan Malaysia tumpuan dan kes Jong-nam telah mendedahkan aktiviti Korea Utara di Malaysia.

Kes pembunuhan Fadi al-Batsh mendedahkan Kuala Lumpur sebagai lokasi kediaman orang penting Hamas.

Ini menjadikan Malaysia lebih diberi perhatian oleh Israel, musuh kepada pejuang Palestin dan dijangka mungkin memberi tekanan pada Kuala Lumpur.

Seperti yang diketahui umum, Malaysia ialah pejuang isu Palestin yang lantang di peringkat antarabangsa.

Selain Turki dan Qatar yang berada di rantau Asia Barat, Malaysia ialah sebuah lagi negara Islam yang aktif dalam membantu Palestin.

Kebelakangan ini, sejak pengumuman pemindahan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis yang ditentang hebat oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tambahan lagi, PM Najib ialah pemimpin dunia Islam yang telah berjaya sampai ke Gaza, disambut oleh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan menyatakan sokongan pada perjuangan Palestin.

Perdana menteri telah menyatakan pendirian tegas dalam hal ini dan mengatakan tidak akan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel dan akan berusaha membantu Palestin hingga Baitul Maqdis diiktiraf sebagai ibu negara Palestin. – Mynewshub.cc

Tags: Palestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd