• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Autoshow 2018 Pamer 100 Model Kenderaan

oleh Haris
26/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Malaysia Autoshow 2018 kembali dengan menawarkan pelbagai pengalaman dan tarikan unik bagi pengunjung, yang berlangsung dari 26 hingga 29 April ini.

Pameran bagi tahun ini sekali lagi diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Seri Kembangan, Selangor dan merupakan edisi keempat sejak kali pertama dijalankan pada tahun 2010.

Malaysia Autoshow 2018 mempamerkan lebih 100 model kenderaan dan membuka tirai dengan Jerayawara Mobiliti Terhubung yang turut disertai dan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pagi tadi.

Antara model kenderaan yang turut menyertai pameran kali ini adalah model kenderaan Proton, Perodua, Toyota, Honda, Kia, Volvo dan banyak lagi jenama yang terkenal di Malaysia.

Ini termasuk model Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang terbaharu malah pengunjung boleh merasai sendiri prestasi, ciri-ciri keselamatan dan keselesaan model ini di litar ujian sepanjang tiga kilometer yang disediakan.

Susulan kejayaan pameran tersebut pada tahun lalu, penganjur menjangkakan akan menerima lebih 350,000 pengunjung bagi pameran yang berlangsung empat hari itu.

Pameran juga menghimpunkan teknologi mobiliti masa kini dan masa hadapan di bawah satu bumbung selain menawarkan pengalaman lebih menarik bagi segenap lapisan umur dengan tema ‘360-degree Mobility Experience’.

Lebih menarik, Malaysia Autoshow 2018 memperkenalkan Pengalaman Mobiliti Pintar atau IMEX di mana pengunjung boleh merasai pengalaman di zon virtual dan Augmented Reality.

Antara tarikan lain di Malaysia Autoshow 2018 adalah peraduan cabutan beruah berupa sebuah Kia Picanto yang hanya layak disertai oleh pengunjung yang membeli tiket Malaysia Autoshow 2018.

Selain itu, kemunculan semula model kenderaan legenda dari jerman, Borgward dan dipamerkan buat pertama kali di Malaysia dan dibawa ke sini oleh Go Exim Bank.

Pameran juga memberikan peluang kepada pengunjung untuk melakukan pemeriksaan kenderaan secara percuma yang sememangnya menjadikan Malaysia Autoshow 2018 sebagai pameran yang wajib dikunjungi hujung minggu ini.

Ia dianjurkan Institut Automotif Malaysia (MAI) yang merupakan agenda di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertindak sebagai sebuah pusat penyelarasan serta badan pemikiran bagi industri automotif negara. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: MAEPSMITI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd