• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tidak Percaya Mahathir Akan Serah Jawatan PM’

oleh Haris
02/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAJORITI pembaca yang mengundi di Facebook Mynewshub tidak percaya yang Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memegangnya sekiranya Pakatan Harapan menang.

Sebanyak 58 peratus daripada 1,900 pemilih percaya Mahathir tidak akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar, sementara 42 peratus percaya bekas PM itu akan berbuat demikian, menurut undian dimulakan 24 Mac itu.

Walaupun harapan kemenangan gabungan PH di peringkat persekutuan hingga membolehkan menubuhkan kerajaan di Putrajaya terus kelam, pakatan pembangkang itu telah memilih Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka.

Mahathir dikatakan akan menjawat jawatan sebagai perdana menteri sementara sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

Perjanjian antara parti-parti komponen PH itu ditandatangai pada 7 Januari lalu pada konvensyen gabungan itu di Shah Alam.

Menurut perjanjian itu, Mahathir akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar selepas ketua umum PKR itu memperolehi pengampunan diraja.

Beliau sendiri pernah menyatakan bahawa sekiranya dilantik sebagai perdana menteri, beliau akan mengambil masa hanya dua tahun untuk menyelesaikan masalah yang didakwa ditinggalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Mahathir berkata, tempoh dua tahun cukup untuk beliau menjalankan tugas sebagai perdana menteri sebelum memberi laluan kepada pemimpin lain.

Undi sebanyak 58 peratus tidak percaya Mahathir akan menyerahkan jawatan perdana menteri ini menggambarkan realiti percaturan politik dalam PH sendiri.

Sejak awal diumumkan sebagai calon PM Harapan, ketegangan antara parti-parti komponen PH sudah dirasakan, apabila ramai dalam DAP dan PKR menentang atau tidak senang dengan keputusan itu.

DAP dalam kenyataan kepada ahli parti mengatakan langkah ini sementara dan untuk memenangi sokongan pengundi Melayu dengan menggunakan nama Mahathir.

PKR yang tertubuh hasil tindak balas terhadap tindakan Mahathir memecat timbalannya Anwar pada 1998 juga bergolak, apabila cadangan yang disifatkan menghina ini diumumkan.

Kedua-dua DAP dan PKR yakin yang mereka akan dapat mengatur dan melaksana gerakan yang akan menghadkan tempoh Mahathir sebagai PM dan segera membuka laluan kepada pemimpin pilihan mereka.

Dua parti komponen PH ini yakin akan dapat memintas Mahathir sebelum beliau melaksanakan sebarang gerakan yang boleh merugikan mereka.

Tetapi, gerakan, strategi dan taktik Mahathir juga tidak dapat dinafikan kelicikannya, dan beliau sendiri telah membayangkan mahu memegang jawatan PM selama sepenggal dan bukan dua tahun.

Realiti dalam PH juga telah menampakkan yang Mahathir lebih dominan berbanding PKR, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga memiliki pemimpin yang lebih berpengalaman seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilindungi oleh bapanya Mahathir.

Persetujuan yang dicapai hari ini tidak akan kekal sama sekiranya telah memenangi kerusi Parlimen yang cukup untuk memerintah negara, yang akan melibatkan tawar-menawar baharu melibatkan portfolio menteri dan lain-lain.

Apa yang akan paling banyak tertakluk kepada perubahan ialah sikap dan pendirian Mahathir sendiri setelah kembali merasai kuasa kembali sebagai perdana menteri.

Pada masa itu, masa dua tahun mungkin dirasakan terlalu singkat untuk “menyelesaikan masalah” dan terlalu singkat untuk melaksanakan agenda-agenda yang telah disusun dan mahu dilihat terlaksana.

Pemerhati politik tempatan umumnya percaya, sekiranya Mahathir menjawat jawatan perdana menteri, beliau hanya akan melepaskan jawatan itu kepada anaknya Mukhriz dan bukan Anwar. – Mynewshub.cc/H

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Mukhriz Tun MahathirTun Dr Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd