Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KDN Warta Larangan Empat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan semua pihak kerajaan telah mengenakan...

Tayar Monorel Terbakar Di...

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesahkan berlaku kebakaran tayar sebuah monorel di...

KPM Akan Beri Pertimbangan...

TELUK INTAN - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada menerima cadangan daripada Persatuan Ibu...

Buat Laporan Polis Ucapan...

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan...

Mahathir Janji Hapuskan Grab Jika Tawan Putrajaya

TUN Dr. Mahathir Mohamad di dalam kempen parlimen Langkawi kelmarin, berjanji untuk menghapuskan aplikasi e-hailing sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya.

Pemimpin disenaraikan sebagai calon paling tua dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu berkata demikian ketika berucap menerusi sesi dialog bersama masyarakat India anjuran pertubuhan haram, Hindraf di pulau mutiara itu.

“Masalah Grab ini bukan hanya Langkawi tapi seluruh Malaysia.

“Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak.

“Perkara ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan nanti,” ujarnya seperti yang dipetik portal Sinar Harian.

Difahamkan sekurang-kurangnya 300,000 pemandu e-hailing berdaftar yang aktif di Malaysia akan terjejas jika ‘janji’ itu dilaksanakan.


Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber merupakan salah satu pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang dan ‘dihalalkan’ untuk beroperasi di seluruh negara.

Keputusan itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat pada 27 Julai tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC

Kategori