Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Belanda Diberi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Belanda Mark Rutte diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana...

Sungai Pinang Bukan Punca...

GEORGE TOWN - Gerakan Pulau Pinang membidas kerajaan negeri pimpinan DAP kerana menyalahkan...

Penjawat Awam Dapat Bayaran...

Sementara menunggu semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam siap, Perdana...

Kematian Akhiri Penderitaan Bayi...

BAYI perempuan seberat 1.8 kilogram yang dilahirkan menghidap penyakit aneh, meninggal dunia di...

Perlu Tenaga Kerja Dinamik Bidang Berkaitan Marin

KOTA KINABALU – Malaysia memerlukan tenaga kerja dinamik, yang memiliki pelbagai kemahiran dan kepakaran dalam bidang berkaitan marin untuk menangani isu alam sekitar, ekonomi, sosial dan budaya, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madius Tangau.

Beliau berkata oleh kerana Malaysia mempunyai kawasan marin yang lebih luas daripada kawasan daratan, maka negara ini memiliki banyak sumber dan sekali gus memikul tanggungjawab besar dalam menguruskannya.

“Malaysia mempunyai kepentingan nasional dalam melindungi perkhidmatan ekosistem marin, yang memainkan peranan semakin penting dalam ekonomi, gaya hidup dan kehidupan harian kami.

“Negara kami adalah sebuah negara maritim, yang banyak bergantung pada pelayaran serta pengangkutan bagi menghubungkan bahagian timur dan barat negara ini serta dengan dunia luar, di samping bagi banyak tujuan lain.

“Dalam konteks ini, saya perlu menyebut bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS), melalui program pendidikan dan aktiviti penerangan berkaitan lautan, boleh memberi sumbangan besar dalam usaha melahirkan profesional dalam bidang kelautan serta tenaga kerja di pelbagai peringkat bagi membantu negara ini mengurus warisan marinnya dengan lebih berkesan,” kata beliau.

Madius berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains Samudera dan Akuakultur 2018.

Ucapan beliau dibacakan timbalan ketua setiausaha kementerian itu, Prof Madya Dr Ramzah Dambul di sini hari ini.


Persidangan dua hari itu, yang bertemakan ‘Tadbir Urus Lautan: Isu, Keutamaan dan Strategi’, dianjurkan UMS melalui Institut Penyelidikan Marin Borneo.

Ia bertujuan menjadi platform untuk berkongsi idea, pengalaman dan perspektif dalam kalangan 114 peserta berhubung keperluan mentadbir urus lautan.

Turut hadir, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D. Kamarudin D. Mudin dan Pengarah Institut Penyelidikan Marin Borneo Prof Dr. Rossita Shapawi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ramzah berkata penglibatan saintis marin dan penggiat industri dalam persidangan itu adalah pendekatan terbaik bagi menjana input serta merupakan suatu mekanisme bersifat lebih realistik dan komprehensif tentang tadbir urus dan dasar lautan di negara ini. – BERNAMA

Kategori