• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M. Kayveas Letak Jawatan Presiden MyPPP

oleh
26/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERUNDUR… Tidak sampai seminggu mengadakan sidang akhbar khas bagi mempersoalkan isu agihan kerusi, Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas akhirnya mengumumkan peletakan jawatan.

Beliau menyatakan perkara yang agak mengejutkan tersebut menerusi pelbagai akaun media sosial dirinya termasuk Facebook, Twitter dan Instagram pada hari ini dengan memaklumkan ia sudah berkuat kuasa pada Isnin lalu.

Kayveas, yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-64 pada 29 April depan, berundur daripada semua jawatan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu termasuk presiden dan pengerusi MyPPP Wilayah Persekutuan.

Beliau juga meletakkan jawatan sebagai penasihat exco parti itu di Perak. Kayveas sebelum itu dilaporkan pernah mengancam untuk keluar BN kerana kurang senang apabila MIC diperuntukan kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Pemimpin MyPPP itu sejak lebih setahun lalu sering melobi untuk menjadi calon di kerusi tersebut. Bagaimanapun pada 22 April lalu, Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarraajh dinamakan sebagai calon BN untuk kawasan berkenaan.

Ekoran peletakan jawatan Kayveas secara dramatik itu, Naib Presiden Kanan MyPPP, Maglin Dennis D’cruz akan bertindak sebagai pemangku presiden sehingga pemilihan jawatan parti tersebut berlangsung pada Jun depan.

Anak kelahiran Benta Estate, Kuala Lipis, Pahang itu pernah menjadi Ahli Parlimen Taiping di Perak dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum tewas kepada DAP pada pilihan raya umum 2008.

MyPPP dalam pada itu dikatakan mungkin mengadakan sidang akhbar khas bagi menjelaskan isu panas berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: M. KayveasmyPPP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MYPPP Buat Laporan Kepada SPRM

30/10/2018
0

PUTRAJAYA - Majlis Tertinggi MyPPP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tuduhan RM36 juta...

Kayveas Mahu Saman Pihak Yang Dakwa Beliau Jual Gelaran

17/07/2018
0

PETALING JAYA - Tan Sri M. Kayveas (gambar) iaitu Presiden MyPPP yang dipertikaikan, akan mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd