• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Luluh’ Bawa Tuah, Bakal Jadi Novel Dan Drama

oleh
29/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGU Luluh sememangnya membawa tuah kepada penyanyi Khai Bahar apabila lagu berkenaan bakal dinaskahkan untuk menjadi sebuah novel dan drama televisyen tempatan.

Novel berkenaan bakal dilancarkan esok bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan ia merupakan hasil tulisan Ezza Mysara dibawah penerbitan Idea Kreatif.

“Secara peribadi, saya berbangga apabila ada pihak berminat untuk mengangkat lagu nyanyian saya, Luluh, ke dalam bentuk novel.

“Apatah lagi, lagu itu sendiri turut membantu memperkenalkan lagi nama saya dalam bidang muzik,” kata Khai dipetik daripada portal BH Online.

Selain novel Luluh, Ezza turut pernah mengahsilkan sebuah novel berjudul Wanita Terakhir yang turut diilhamkan daripada lagu nyanyian pelakon tinggi lampai, Fattah Amin.

“Saya juga amat terharu apabila dimaklumkan, novel itu kemudian akan dijadikan sebuah drama yang bakal mengisi slot Akasia di TV3. Ia tentu saja perkembangan cukup baik apabila Luluh bukan sekadar diterjemahkan sebagai buku, malah dalam bentuk drama bersiri,” tambahnya dengan rasa penuh gembira dan teruja.

Menurut Khai, sememangnya lagu tersebut mempunyai satu mesej yang tersimpan iaitu sebuah kisah cinta yang diharapkan untuk berpanjangan tetapi akhirnya berakhir ditengah jalan.

Bagi memberikan gambaran yang lebih tepat berkenaan situasi lagu itu, penulis dan penerbit telah mengadakan satu pertemuan bersama dengan Khai terlebih dahulu.

“Plotnya berkisar mengenai pengorbanan dan kesetiaan seorang lelaki terhadap cinta serta insan yang disayanginya. Ia juga menyentuh kasih sayang seorang anak terhadap ibunya.

“Ia berkisar pada watak Ariq yang terpaksa bekerja siang dan malam, semata-mata untuk menanggung keluarga serta tunang yang masih belajar di universiti.

“Segala pengorbanannya bagaimanapun seperti sia-sia apabila cinta untuk wanita disayanginya itu beralih kepada lelaki lain.

“Ariq begitupun tidak berputus asa untuk merebut kembali cintanya. Ketika itulah dia harus bertahan dan bersabar dengan segala dugaan yang hadir,” tambahnya.

Baca: Show HK Tak Jadi, Khai ‘Balas Dendam’ Di Bandung

Juga: Peminat Taja Konsert Khai Bahar Di Hong Kong?

Dalam perkembangan baharu, Khai kini sedang mempersiapkan diri untuk mengadakan konsert mini pertamanya di Bandung, Indonesia pada 12 Mei ini.

Konsert itu dibuat bersempena ‘ganti rugi’ kepada peminatnya di Hong Kong apabila konsert di sana terpaksa dibatalkan pada tahun lalu disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan. – MYNEWHSUB.CC/AH

Tags: Khai BaharLULUHNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd